• News

    13 October, 2010

    MISTIK

    Saya masih dalam mood Bulan Bahasa Kebangsaan, maka haruslah saya menggunakan bahasa baku lagi untuk entri hari ini. Sekian, harap maklum.


    Pada sesiapa yang rasa seperti tersesat masuk blog ini, tolong diam. Nanti saya lempang awak baru awak tahu. Saya sangat garang hari ini sebab saya sangat mengantuk dan pagi-pagi hujan. Saya rasa, cuaca seperti ini sangat sesuai kalau berbungkus dalam selimut.


    Pagi tadi semasa saya hendak ke tempat kerja, saya mendengar radio Hot FM pada frekuensi berapa pun saya tidak tahu. Saya tahu tekan 'ON' dan terus dengar Fara Fauzana, FBI dan AG membebel. Mereka bercakap pasal mistik.


    Mereka mengatakan, kemalangan ngeri yang berlaku pada hari ahad lepas di sebabkan oleh benda mistik. Kerana, ada sesetengah orang pernah melihat seorang perempuan mengendong bayi di situ dan melintas jalan. Ada pemandu yang terpaksa memperlahankan kenderaan mereka, dan ada juga yang terbabas sebab memperlahankan kenderaan secara mengejut.

    Bila mereka meminta para pendengar memberi komen, ada seorang lelaki telah menghantar SMS dan memberikan pendapat bernas beliau. Beliau berkata, harus lah di buat jejantas supaya mudah bagi hantu-hantu melintas jalan tanpa mengacau kenderaan yang lalu lalang.


    Bagus pendapat beliau. Saya setuju. Anda pula bagaimana? Sila layangkan pandangan anda pada ruangan komen. Sekiranya tidak bersetuju dengan cadangan ini, sila kemukakan cadangan lain yang mungkin anda rasakan bijak. Sila gunakan bahasa baku di ruangan komen. Sekiranya tidak guna bahasa baku, anda akan di lempang oleh hantu yang suka melintas jalan.


    Sekian, terima kasih.

    30 comments:

    kata kila said...

    bagus pulak bahasa ko kali ni kan

    kucingorengemok said...

    saya tak mahu dilempang hantu

    saya lebih tak mahu dicintai oleh hantu kerana khuatir dibawa lari setiap kali waktu maghrib... saya takut panjat pokok rambutan (ada kena mengena tak?)

    Mak Su said...

    maknanya jambatan berkenaan haruslah dibuat dari bahan lutsinar atau halimunan untuk memudahkan hantu hantu melintas jalan... jangan lempang saya hantu.

    sahromnasrudin said...

    " layangkan pandangan anda di ruangan komen"...budi bahasa awak memang tinggi..saya harus bersopan di entri ini heheheh..

    pada pandangan saya, hendak buat apa kita buat jejantas, kosnya agak tinggi..lebih baik kita buat lorong khas untuk mereka melintas dan buat papan tanda seperti " awas, makhlus mistik sedang melintas..sila perlahankan kenderaan anda" seperti papantanda budak sekolah hendak melintas..harap cadangan saya dipertimbangkan oleh gadisss...comelll...

    Mario said...

    tiba tiba saya berasa sangat takut...

    Anonymous said...

    Salam....sy tumpang promosi di blog ini ye....bagi produk kencing manis....sila click url di bawah. Thanks.

    Jana pendapatan RM4,500 sebulan dengan modal RM100.00. Jom click url ini http://www.osteen.com.my/?id=6

    "PERCAYALAH...
    Ianya Sangat Mudah dan Boleh Dimulakan Dari Rumah Atau Di Mana Sahaja...
    SERTAI SEGERA!!.
    Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik url ini sekarang http://www.osteen.com.my/?id=6
    dan nikmati sebuah sistem perniagaan online yang dibangunkan untuk memaksimumkan keuntungan dan bekerja 24 jam sehari di mana sahaja anda berada!

    ~Nur Zulaiha~ said...

    owh!!

    HaN WarreN said...

    saya rasa nak lempang awak dan pemberi idea yang bernas tapi mintak tapak kasut saya...hahahahah saya ketawa...kenapa awak menggunakan bahasa baku?? saya rasa hendak muntah... ;p

    Days said...

    hantu pon harus lah mematuhi peraturan jalan raya.yang sadin-sadin nak melintas tgh jalan busy tu nak buat ape? haruslah anda lempang hantu tu pula der hehehehe

    one2paii said...

    awak..salahke gua datang cnie awak,awak lempang la chemutt gua,jgn gua ye awak

    -MsGoodNite- said...

    bhse baku ye..

    Saya yg dkenali sbg msgoodnite amatlah bersetuju dgn cadangan mbuat jejantas. Tapi jika mahu jimat kos, kerajaan boleh juga sediakan kampu isyarat melintas pejalan kaki utk hantu-hantu melintas atau pacak papan tanda kawasan hantu melintas atau bonggol-bonggol supaya pemandu tidak memandu laju dan waspada pada hantu yg hendak melintas. Sekian, terima kasih. Harap maklum.

    cik fiza said...

    saya rasa tidak perlu disediakan jejantas kerana para hantu hanti itu tahu bagaimana untuk menerbangkan diri mereka sendiri. sekian harap maklum :)

    Anonymous said...

    kerana hantu saya tidak dapat tidor semalaman dan saya rasa nak lempang2 sahaja hantu itu..

    gadisBunga™ said...

    adakah saya sudah tersilap belog? (nah pipi untuk dilampang)

    satu soalan ya...adalah demam selepas cakera keras rosak dan bateri kereta buat hal-ehwal boleh dikaitkan dengan kemistikan melampau?

    sekian terima kasih.

    (senyum)

    sepet said...

    nak kene lempang??? ko jangan men2 dengan hantu2 ni tahu!!!


    nanti secara tiba-tiba pipi gebu si gadis chumel di lempang oleh hantu komputer! ..



    hahahhaa..

    Relevan said...

    Mistik?..jangan biarkan diri anda diselubungi Misteriii..

    aNiS tHe BumbleBee said...

    saya rasa macam nk lempang diri saya sendiri sebab terbaca entry awak ini.saya juga ingin melempang penulis blog ini.PANNGGGG!!! nah,pelempang suci dari saya..

    Mat Sentap said...

    saya rasa mahu melempang awaklah hari ini...hahahaha
    sy pun suka berbahasa baku kerana sebentar tadi saya ada presentasi bahasa melayu...huhuhh

    Nizam Awang Brahim said...

    Kene panggil uncle seekers datang ni...

    Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

    hahahaha, betul2 mengunakan bahasa kebangsaan, jom kita gunakan bersama-sama

    || NaFiRaa || said...

    hahahaha.. aduhai.. sabor jek laaa..

    buat jejantas memang besar bajet.. nampaknya kena buat papan tanda besar2 lah.. bagi amaran kepada semua pengguna lebuh raya itu.. supaya perlahankan kenderaan mereka..

    *ades.. terpeleot jari ku~ tulis bahasa baku.. lulus dak????

    Aida Azryn said...

    Lama xlayan hot fm~ huhu~

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

    sudah takdirnya begitu..


    d)
    ko mail kat aku gambo ko
    lepas dua pos jepum melayu dan korea melayu aku buat post untuk ko

    Unknown said...

    pada pendapat saya,saya sangat bersetuju dengan pendapat orang itu.Binalah satu jejantas untuk hantu-hantu itu.Kita kena pertimbangkan pendapat ini.Harus!!

    ZR said...

    boleh juga menggunakan 'zebra crossing', atau pun pasanglah lampu isyarat

    Siti Noor Aminah said...

    #kila: ho yeahh.. aku memang bagus dan bijak serta comel. sekian,terima kasih. ;p

    #kog: rasa macam nak bagi lempang sedas kat ko nih. haha.

    #maksu: saya akan cadangkan pendapat maksu dalam mesyuarat hantu2 bulan depan. terima kasih untuk pandangan anda itu.

    #sahrom: sgt bersopan santun kan bahasa saya itu. sila kagum!

    ohh..bagus jugak cadangan anda itu.ho yeah!

    #mario: kenapa anda takut?

    #anon: promo free.. hehe..

    Siti Noor Aminah said...

    #NZ: ohhh.. ehh.. heh!

    #hantwo: awak jangan muntah di sini. nanti saya lempang awak baru awak tahu!

    #days: hantu tidak pergi sekolah. dia tidak belajar cara melintas dengan betul.

    #one2paii: baik lempang tuan cemut tu, bagi bijak sikit tuan cemut tu kan.

    #msgoodnite: betul jugak cadangan anda itu. bijak! bijak!

    maaf,tak ada choki2 utk anda. padan muka!

    #cik fiza: bagaimana dengan toyol? beliau tidak tahu terbang. kesian beliau.

    #MDT; kenapa pula anda salahkan hantu pula? mereka tidak bersalah!! ho yeah.

    Siti Noor Aminah said...

    #GB: ohh..tidak salah blog lah. betul. betul.

    soalan anda itu, biar encik toyol je yang jawab ye. sekian, babai.

    #sepet: hantu komputer tu pondan okeh! tak takut. kah3x.

    #relevan: saya suka diselubungi selimutttt.. hahaha.

    #kak anis: sampai hati awak lempang saya. apa salah saya kepada awak? huhuh.

    #aliesya amani: awak nampak lebih bijak bila menggunakan bahasa baku. lebih bijak daripada biasa. hor yeah.

    Siti Noor Aminah said...

    #jejaka desa: uncle seekers sudah pencen lah. huhu.

    #ahmad shafiq: mari lah kita menyokong kempen tersebut. ;p

    #kakak nafira: anda lulus dengan cemerlang! markah ada 15 sajork!

    #aida; tidak mengapa. tak dapat duit puns sekiranya anda melayan hot fm setiap hari.

    #brutalsolo: ahhh..tidak mahu lah. saya tidak mahu awak letakkan gambar sy di blog awak. maluuuuuu...

    #azmi: bagus lah awak ni. kita memang sependapat. bijak!

    #kazaztan team: akan, cadangan anda akan di pertimbangkan kelak.

    Siti Noor Aminah said...

    ho yeah!! dah abih reply semua komen.

    Total Pageviews

    My Followers