• News

    03 May, 2011

    pisang goreng

    Sebeno-beno nya, pisang goreng or goreng pisang? Cer habaq betui-betui sikit.

    Orang utara jugak senang, CUCUQ PISANG.

    Apa kes pagi-pagi cerita pasal cucuq pisang?? Alkisahnya, haritu aku teringin nak makan cucuq pisang. Hahahaha. Baguih betui, nak makan benda-benda yang simple je. Mau kalau teringin nak makan burung unta masak kicap, jenuh gak nak cari. Keh3x.

    Pagi sabtu lepas, aku dan encik tukang belanja, telah sama-sama melantak nasik kandaq, bukan kat kedai yang original nasik kandaq macam yang berterabuq ada kat Penang tu. Nak kata Kayu Nasik Kandaq pun bukan, Nasmir, Subaidah, Makbul pun bukan. Makan kat kedai yang biasa-biasa ja, tapi boleh la masuk kategori adik beradik nasik kandaq.

    Sumpah dah lama tak makan nasik kandaq. Masa kat Penang dulu, aku suka la makan nasik kandaq kat Makbul Bayan Baru tu. Makan tak hengat, macam dalam perut ada jin. Tapi, sejak pindah ke Lumut, memang tak makan nasik kandaq lagi.

    Jadi, rasa puas sangat sebab hari sabtu lepas dapat makan nasik kandaq. Harga tak payah habaq la, lagi mahai dari nasik campuq.Tapi tak pa la, sekali sekala ja makan, mau makan hari-hari, mau aku jadi booolattt.

    Orang pregnant ni memang la kadang-kadang tu teringin nak makan yang tu, nak makan yang ni. Kang kalo tak dapat, orang kata nanti anak yang keluaq meleleh pulak ayaq liyuq. Kesian plak. Tapi kalo dah mengidam benda-benda yang mahal, mengada-ngada la jugak. Kesian la sama kat laki nak mencari / beli benda yang di teringinkan tu.


    * Meluat tengok aksi sesetengah orang yang tak larat nak baut kerja rumah, bagi alasan pregnant, sedangkan sembang bagai nak rak. Malas je yang lebih.

    16 comments:

    kata kila said...

    aku selalu sebut pisang goreng. trolololo

    ahmad humairi said...

    Tak baek meluat-meluat tgh taim camni.

    bujal X said...

    mamaainul dulu masa pregnant tak reti duk diam~kesudahannya ainul memang tak ble duduk diam~haha~~

    next time kalau ada rezki saya nak suruh mamaainul rilek2 je~~haha~~

    Dr K said...

    Makbul Bayan Baru tu dekat dengan Sunshine Square ka??

    sitinaminah02 said...

    kila,

    cucuq pisang la best.. hehe.


    cikgu,

    kalo dah malas sangat, memang dia deserve org meluat dgn dia. huhu

    sitinaminah02 said...

    bujal,

    begitu kah? sy pun nak duduk diam2 jugak lahhh.. haha.


    daddy ziyyad,

    yerpp.. betui. tau eh tempat tu? hehehe. sy suka tapau nasik kandaq kat situ. nyam3x

    Yunus Badawi said...

    Makbul Bayan Baru tu pun power jugak. Tapi saya lebih kerap ke Kassim hehehe

    -MsGoodNite- said...

    hang tak alahan ke GC? hehehe..

    Hanis Azla said...

    klu akak cucuq pisang tu cekodok pisang bukan pisang goreng atau goreng pisang..

    aNiS tHe BumbleBee said...

    SL punya pisang,haram xley buat coq pisang.buat cekodok ja gagah kot.pesen apa xtau.

    lapaq nasik kandaq aih.soh org hat malas tu wat nasik kandaq sat tgk!haha!

    sahromnasrudin said...

    ASSALAMUALAIKUM..'

    masa mula aku kawen dulu mak mertua ajak makan cucur pisang..aku ingat amende tue rupanya goreng pisang huhuhuhhhh

    Dr K said...

    Dulu saya buat A Level kat International College kat Bukit Jambul tu..so memang Bayan Baru tu tempat melepak saya..suka juga makan Sani CKT tu..ekeke

    Cik Anita said...

    eh die meluat kat orang ye...

    ini komferm hang rajin waktu gini kan.

    Anonymous said...

    alhamdulilah tiap2 kali preknen, rajin memanjang.. :)

    DeLancrettLurpak said...

    aku time pregnant, siap sental bilik air, heheheheh.. lepas tu sakit pinggang..

    kakak ipar aku mmg jenis tak larat, tapi mmg mulut dia pun tak larat la, sebab mmg sepanjang pregnancy dia tak berapa nak makan, takde selera, kes mcm ni tak pa la..

    yg kes, declare malas tapi mulut rajin tu, mmg kena laser saja!

    DeLancrettLurpak said...

    aku time pregnant, siap sental bilik air, heheheheh.. lepas tu sakit pinggang..

    kakak ipar aku mmg jenis tak larat, tapi mmg mulut dia pun tak larat la, sebab mmg sepanjang pregnancy dia tak berapa nak makan, takde selera, kes mcm ni tak pa la..

    yg kes, declare malas tapi mulut rajin tu, mmg kena laser saja!

    Total Pageviews

    My Followers