CERITA 11.11.11 PART 1
Sakit kat ibu jari kaki aku ni makin teruk, berdenyut2. Nak tekan clutch pun seksa sangat. Hmmm.. Semalam balik dari kerja dah rasa sakit yang tahap adik2, aku pi potong lagi kuku bg lagi pendek, konon2 ingatkan kuku aku dah tertikam isi. Lepas tu terus sakit tahap kakak2 plak. Letak minyak gamat tak baik, letak minyak yuu yee cap limau yang patutnya orang guna untuk hilangkan kembung perut pun tak lega, letak ammeltz yoko2 pun tak lega (orang guna untuk hilangkan sakit sendi, aku hantam letak kat kuku kaki).
Harammmm tak lega jugak!!!
Pagi ni sebelum pi keja, laki aku kata, try la letak econozine, krim bontot Emran tu. Econozine tu kalau bontot Emran merah2 sebab lambat tukar pampers, sapu menatang tu, Insyaallah mujarab. Walaupun aku rasa sakit aku tu takdak kena mengena macam kes bontot Emran, aku sapu jugak krim econozine tu.
Dah tentu la tak lega. Pukul 10.30 macam tu aku mintak kat boss nak keluar pi klinik sat. Doc tu kata ni cekam / sekam. Doc bagi antibiotic dengan ubat tahan sakit serta krim sapu bagi kurang bengkak. Doc kata, kalau tak surut jugak, nak kena potong sikit kuku kaki aku. Demmmm!!!! Terus rasa nak kencing tang tu jugak.
CERITA 11.11.11 PART 2
Balik dari klinik, terus ke JPN Manjung. Punya la ramai orang, mujur kat kaunter nak ambik mykad tu cepat. Punya la ramai orang India kat situ, dari kecik sampai ke besar, dari muda sampai ke tua, semua pakai comel lote. Pakat dok ambik gambar kat situ. Apa kes?? Register kawin kot. Tak kisah lah.
Sekali budak JPN tu tanya, kak orang Jeniang ka? Haip.. Awat pulak dah, rupa2nya sekapal. Budak tu pun orang Jeniang jugak. Mujur tak bertukar-tukar nombor telefon kat situ. Sekali tengok mykad buruk, huduhnyaaaaaa..!!
Bukan sebab gambar awek dalam mykad tu huduh, tapi sebab kaler untuk gambar tu sangat blur. Memang la masa aku ambik gambar tu aku dalam pantang lagi, tapi seri muka aku yang original tetap ada, lawa semulajadi mak aku kata. Tapi sebab kualiti warna atas mykad tu sangat hampeh pada hemat aku, maka otomatik gambar aku pun jadi huduh.
Benci, menyesal tukar mykad baru. Baik guna mykad lama yang lebih cun. Dah la kad macam nipis je. Hissshh.. Ni malu nak tunjuk mykad baru kalau2 polis trafik tahan nanti. Keh3x.
"Gua ada mykad, lu ada???"
gambar kredit to abang google.
13 comments:
owh org jeniang kah? huhu....mak saya asal Jeniang jugak kat Kg Sg.Semiar ...huuhu
aku ketinggalan ketapi ka??? tapi aku nak tanya : awat hang tukaq mykad?
aku xpnah dengar org kembung kat kaki. *minyak yuyi tu kan untuk kembung perut. =_='
> mawar berduri:
laaa.. org sg semiar ka? dekat sangat aihhh.. haha..
> pia :
kak aku la galak ajak tukaq mykad. dia kata mykad aku lama punya. hampeh, rugi duit aku seoploh ringgit. haha
> aleennnnnn laling :
dah sakit sangat, aku sapu jugak kat kaki. hahaha
1- napa tak letak clorox? :p
2- aku rindu ic 2 ibu jari kaler biru dulu²... ok, jangan kata ko takde sebab ko muda belia :p
selalu gak kena lagu tu
dah tak heran dah potong sendiri jeh..hihi~
ala~~bukan hari2 tunjuk ic tu kat orang~keh keh~
hahahaha... tetiba plak salahkan MYkad.. muahahaahha...
eh hang budak Jeniang kah? Ingatkan budak SP?
> kog :
kejam sangat kog nak suruh aku letak clorox. huhu. zaman aku mana ada dah ic yg ada cap jari tu. itu zaman kog dgn kak tas je. haha.
> bujal :
ishhh.. mana boleh.. jatuh saham aiii tauuuu... haha..
> kak nafira :
sy tetap dgn pendirian sy nak salahkan mykad tu. hahaha.
> YB :
jeniang dgn SP tu dekat ja.. tp jeniang tu kampung la, sy mmg orang kampung.. haha..
meh datang klinik saya, saya kasik potong cagu/cekam tu. FOC. ekekekekeke
anak hang alamat perak ka????
> daddy ziyyad:
grrrrr... tak mau!!!!
> sahrom:
mestilah kedahhhh.. hehehe..
Post a Comment