• News

    12 January, 2012

    selamat menjalani ibadah puasa

    Hari ini aku ganti puasa ye. Tak banyak kena ganti, ada la dalam 16 hari je. Jangan terkejut pulak, bukan period secara berjemaah sampai 16 hari, tapi di sebabkan si Emran tu mau lihat dunia pada bulan ramadhan. Itupun, dah sarat2 pun aku gigih jugak nak posa.



    Bangun makan soq (sahur), aku tambah nasik 2 pinggan. Bukak posa pun aku taram 2 pinggan. Sudahnya, maghrib sampai termengah2. Gila ahh. Start posa tu aku dah suh ayah Emran hantar aku balik kampung. Maka tak merasa la kami laki bini posa sebagai suami isteri buat kali pertama. Hemmmm... Sedih-sedih.. Tapi tak pa la, baik aku balik dok kampung ja, mak ayah ada, selamat sikit. Buat ayah Emran duty, aku sakit nak beranak sorang-sorang kat rumah, naiyaaa.



    Aku posa selagi boleh. Mak suruh bukak posa pun aku tak mau. Takut mudarat kat anak. Tapi aku yakin boleh. Semangat Malaysia boleh la katakan. *Takdak kena mengena.



    Mai ke petang aku rasa macam Emran yang masa tu masih dalam perut kurang gerak. Risau weh, habaq kat mak, baby kurang gerak. Mak kata sebab hang posa la tu, dia pun ikut posa sekali. Lepas buka posa dan makan tak hengat dunia, baru la Emran gerak2. Alhamdulillah.



    Aku baru ganti posa 1 hari!! Hari ni nak elakkan masuk blog makan2 macam blog KOG tu, dan elakkan cerita pasal makan. Sapa cakap pasal makan, aku terajang perut dia. Hahahaha.



    Sekian sahaja cerita orang posa. Okbai!

    14 comments:

    Unknown said...

    selamat berpuasa!!

    sitinaminah02 said...

    Rozuan > terima kasih. ;)

    Makbed said...

    hai... makbed dah wat entri dah. nanti singgah ye..

    http://www.makbed.com/2012/01/susulan-kisah-tinja-wawan.html#axzz1jCq0vFcJ

    sitinaminah02 said...

    makbed > haiii. hehe

    cikceriacorner said...

    salam..selmat berpuasa...ganti puasa ye...sy pon xganti lg..

    sitinaminah02 said...

    ccc > hehe. ni sebab banyak hari, kena la gigih ganti awal2.

    Dr K said...

    tak best sebab takda bazar ramadan. ~haha

    || NaFiRaa || said...

    selamat berpuasa~

    bukak pose masak ape?? larikkkkkk

    NER said...

    tudia banyak gila, hahahahha

    asip محمد said...

    nasi kandar.. esok dgn nasi dagang.. lepas tu taram ayam masak merah dengan beriani kambing.. pergh.. memang terbaik.. eh? sorry terbincang nak makan apa pula gua.. kah3

    LaTip BogiBa said...

    perghh!! blog sama blog aku...font, background, colour...
    haha tak sangka

    Ati Masrif said...

    puasa ganti ni lah banyak
    benor dugaannya..

    time nilah ada nk belanja
    time nilah member bw bekal..hihi

    sitinaminah02 said...

    DZ > huhu. sedih2. esok tak mo posa dah. nanti2 plak posa.


    kak nafira > gulai udanggggg!!! lempaq kulit udang kat kak nafira. jahat sgt. hahahah


    makmi > banyak la, sapa suh banak bulan posa. hahaha.


    asip > ada jugak nak kena penendang kat perot ni. grrrr.. hahaha.


    latip > serius?? kau tiru aku kot.!!! haha


    kak ati > macam tau2 ja, arini kt ofis depa wat surprise party, makan kek. uwaaaaaaaaaaaaaa

    Days said...

    taff la sis.nak wt lagu mana.hang kan kental smgt malaysia buleh? hehehe

    Total Pageviews

    My Followers