JENAYAH BERLELUASA

Tajuk bukan main lagi macam blog abam majidul kemal sidik pulak. Balik keja kemarin, ayah emran habaq ada kes curi kereta kat tempat kami dok. Waktu kejadian, lebih kurang 10 pagi. Pencuri tu mesti pakar sangat dah, sat ja dia buka pintu kereta tu, start kereta terus bawak laju-laju.


Part yang paling bangangnya, kat tempat aku dok tu ada security. Bukan main lagi, nak masuk tu kena touch kad kat gate, baru boleh masuk. Kawan blog aku penah mai rumah, kena parking kereta kat gate, kena jalan kaki masuk, kononnya depa takdak pass. Bangang punya security. Ada security tapi haram takleh pakai, sebab banyak gila kes pecah rumah.


Masa aku awal-awal dok situ, rumah aku dok berapa kali kena masuk. Mula tu rumah belum ada grill, so habih la notebook ayah emran kena angkut sekali dengan tabung syiling satu botol softlan yang besar tu. Sekali lagi masuk depa angkut handphone dengan digital camera, walaupun masa tu dah pasang grill. Boleh fikir tak macam mana depa masuk sedangkan tapak kasut penuh rumah. Buat report polis, siap polis mai amek gambar tempat kejadian (rumah aku la tu, dengan rumah haram tak kemas, polis masuk round-round dalam rumah. Malu aku kat pakcik-pakcik polis tu sebab rumah sangat tak kemas masa tu. hohoho).


Baru-baru ni, jiran aku pulak kena. Dengar ayah emran kata depa angkut laptop. Memang banyak gila kes pecah rumah kat situ. Dan pihak pengurusan tempat tu, still dok charge maintenance mahai-mahai konon tempat tu ada security. Security tahik depa.

5 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. azam:

    masalahnya depa ni tak check. ada pun setakat dok nganga kat guard house tu ja. *tak buat keja pun.

    ReplyDelete
  2. security hampeh!

    aku penah jumpa security yg harommm sepatah bahasa inggeris pun tak reti. bahasa melayu apatah lagi. abis nak aku cakap bahasa apa? nepal??

    lepas tu lembab. mintak lesen, konon nak tulis nama. tapi lembab! arghhh!!!!

    ReplyDelete
  3. baik nko check security tu...

    ini macam modus operandi kerja 'orang dalam'

    ReplyDelete
  4. belog kedua aku bace yg ade security kununye tp ade lagi masalah kecurian.memang xbleh pakai haihh

    ReplyDelete
  5. bygkan security nak dok jaga beribu2 rumah. so not fair slhkan security, kita nak jage budak skolah pun payah. :) management yg slaloo push security sebenarnye *papa sy owner security company*.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post