• News

    20 September, 2013

    ION TERAPI

    Jumaat minggu lepas aku dah try berbekam. Jumaat minggu ni try pulak terapi ion. Makan dulu sebelum pi rumah Pak Lah Barokah kat Manjung Point tu. Bagi-bagi salam, keluar la makcik muda sikit dari mak aku. Sempat la aku dengan kak faz belek-belek gambar yang ada kat dinding tu, anak perempuan dgn anak laki makcik ni dua-dua navy. Bangga tengok gambar anak-anak makcik ni dok pegang senapang. Ahli keluarga aku mana ada pegang-pegang senapang ni haa, ayah emran sorang saja la. Tu pun mana ada gambar dia pegang senapang gantung kat dinding rumah. Hehehe.


    Elok aku dah celup kaki dalam bekas kuning tu, baru tau yang orang menyusu tak boleh buat terapi ion ni, nanti susu boleh kering. Ishhh.. tiba-tiba rasa nak cancel. Tapi kesian jugak kat makcik tu dah terbongkok-bongkok angkat bekas ayaq tu, go on saja la. Makcik tu suruh minum banyak ayaq. Harap-harap tak kering la susu ni, kesian kat anak dara aku, si Amna tu.


    Awal-awal tu nampak la macam selaput-selaput hitam dok terapung atas ayaq yang kita rendam kaki tu. Makin lama makin banyak. Keluaq pulak benda kotoq warna kuning merah-merah sikit. Alahaiii.. Banyaknya. Aku dah seram dah tengok ayaq tu. Daripada ayaq jernih dah tak jadi jernih.








    Haaaa.. Tu gambaq ayaq jernih yang dah bertukar warna. Makcik tu pun explain la, aku ni kolestrol banyak ni. Lepas tu ada masalah toksin dalam sendi. Uwaaa... rasa takut pulak. Kena jaga kesihatan betul-betul ni. Jangan makan sebarangan, alahaiii.. Takut pulak sebab main bedal ja apa nak makan. Ni dah tau macam ni, tiba-tiba rasa nak jaga makan, nak jaga diri betoi-betoi.


    Tapi aku dah tak boleh buat terapi ion ni, sebab aku masih menyusu Amna. Takmau la nanti susu badan aku kering. Apasalahnya kalau aku susukan amna lama sikit, tak kisah la walaupun la ni Amna hisap susu pesen panjat atas badan aku, dia buat macam-macam style pun aku tak kisah. 


    Sapa nak cuba ni boleh la. Makcik ni charge RM5 ringgit saja untuk 40minit. Rugi sebab aku dah tak boleh buat terapi ion ni, tapi takpa la, demi Amna mama rela. Hihihi.



    4 comments:

    Unknown said...

    murahnye caj terapi nih..
    lepas buat rasa perubahan pape x?
    teringin gak nak buat.. hehehe

    ayuzan said...

    wah! bestnya..katmana ni ya?

    sitinaminah02 said...

    rasa apa eh, rasa seram kot sbb tengok kesan air tu.. hahaha

    sitinaminah02 said...

    ni buat dekat manjung laa.. hehehehe

    Total Pageviews

    My Followers