• News

    13 November, 2013

    BAJU MURAH

    Aku adalah manusia yang tak berapa kisah nak beli benda2 murah untuk diri sendiri ataupun untuk anak2 aku. Orang kata pa, ukuq baju di badan sendiri. Kalau rasa tak berapa berduit tu, pakai / guna saja la benda yang ikut takat kemampuan kita. Jangan berhabih semata2 nak nampak segak / hebat kat mata orang, sedangkan menanggung hutang / duit tarak. Aku bukan nak perli sapa2, ni peringatan untuk diri aku sendiri. Mohon jangan terasa. Hihihihi...


    Aku rasa dah lama sangat aku tak shopping baju anak2, kesian emran dengan amna, dok ulang pakai baju yang sama ja. Baju yang sedia dok pakai tu comot sebab dah selalu sangat dok pakai. Hahaha. Lepas lunch dengan ayah emran kat kedai mamak tu, terasa nak singgah kat 1 kedai baju tu, dah lama lalu2 kat situ, tapi tak penah singgah. So lepas lunch tu, aku singgah situ. 


    Masuk ja dalam kedai tu, tengok harga baju bawah rm10!!!
    Aku sangat suka. Baju2 sangat comel pulak tu. So aku grab baju 2 pasang kat amna, 2 pasang kat emran, dan sepasang untuk zahra. Untuk aku, yillekkkk!!! Tapi aku beli apron murah rm1.50. Balik2 rumah terus rasmi, tak best sebab bila basuh pinggan mangkuk kat sinki, still basah baju aku. Barang murah kan, so tak boleh nak expect yang hebat2 la kan. Silap banyak tak beli apron yang kalis ayaq tu, baru rm3.50. Ok, aku menyesal. Hahahaha.





    Baju pink ni harga 14 ringgit something. Aku tengok2 terus berkenan, pink pulak tu. So baju ni untuk Zahra Safiyya.


     

    Baju ni untuk Nur Amna Safiya. Actually, baju ni untuk budak 3 tahun, tapi sebab aku dah terberkenan dress ni, maka aku beli jugak. Aku tengok size kecik tarak. Harap2 Amna look nice pakai dress ni.

    Dress ni rm8.50.




    Ni pun untuk Nur Amna Safiya. Nak elak dari beli banyak sangat baju pink, so Mama pilih purple untuk Amna ye. Harga rm8.50.



    Baju emran aku tak snap sebab budak tu terus sibuk nak pakai masa dia nampak aku keluarkan baju2 ni dari plastik. But then, aku sangat2 puas hati dengan hasil shoppingan aku. Biar murah asal bergaya. Kehkehkeh.




    2 comments:

    PCL said...

    salam GC, pcl dok teringat masal dulu ..masa anak2 pcl masih baby dan umoq setaun dua ... memang ligat membeli baju utk depa kadang tak dan tggu gaji ..kira pantang nampak cantik di mata... beli saja.

    yeah mmg x dinafikan semua ibu2 macam tu tapi kami dua2 laki bini haha penuh lemari...sakan ! , branded punya baju memang kualiti blh simpan lama...dari kakak bg kat adik dan adik lagi jika ada.... tapi tak kisahla kan , selagi mampu kita boleh dan rasa seronok. La ni depa dah remaja..baju2 lama hat mana elok sedekah kat jiran / sedara.. begitulah kisahnya . Buat saya teringat kisah lama .. :) ..semoga GC ceria disamping anak.

    sitinaminah02 said...

    PakcikLie,

    saya rasa dah ada anak2 ni, banyak abeh duit beli baju depa, sampai mak depa nak beli baju pun jarang. banyak lebihkan kat anak. tengok lawa, berkenan (harga ok..) terus beli. :-).

    mak jarang2 tukaq baju pun takpa. janji anak2 pakai baju lawa, hehehe.

    Total Pageviews

    My Followers