Ikan Bawal Hitam Masak Stim Guna Pemanggang Ajaib yang sungguh ajaib!

OK. Tajuk adalah sangat panjang. Tapi itu adalah kenyataan. Tajuk ni dah berada dalam draft since khamis tapi sabtu baru sempat nak tulis sebab aku is busy di tempat kerja, so tak sempat nak share tahap dewa ni.




Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu yang hebat ini tak lain tak bukan ialah ikan. Disebabkan ikan bawal hitam dijual dengan harga yang murah (aku beli yang reduce to clear), sekilo ikan tu rm5 sahaja dan kondisi ikan masih elok, so aku beli je la. Murah kot.




Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah sayur-sayur seperti bunga kobis, carrot, kobis biasa, cabai melaka, tomato, daun @ batang saderi, garam, kiub ayam dan jugak sos tiram serta tak lupa pemanggang ajaib cap are-ikan. Ehh.. Tak sure la cap apa, lantak laa..




Mula-mula, siang ikan dan cuci bersih-bersih. Letak atas pemanggang ajaib dan letakkan semua sayur-sayur yang dah dipotong size yang mampu ditelan oleh tekak masing-masing. Cabai melaka pun letak sekali dan kemudian masukkan air dan garam dan sos tiram. Tutup pemanggang ajaib dan on kan api. Tunggu la dalam 4-5 minit dan rasala kuah tu kot-kot kurang masin ka kurang kasih sayang ka, sila lah tambah.




Resepi ni aku curi resepi ayah emran. Selalu kalau dia masak dia letak serai dgn asam boi tu bagi masam-masam sikit, tapi malas la nak letak asam tu. Leceh bangat dong!
















Ni haaaa... Step by step lagi.. Uihhh.. Letak bawang besar sikit ye, lupa pulak nak tulis tadi. OK, selamat mencuba resepi yang super sedap ini. Tapi tak sesuai sangat guna ikan bawal hitam ni, sebab tak manis sangat isi ikan ni. Hihi.



5 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. akak suka letak asam boi atau plum yg dalam botol tu...menghilangkan bau ikan disamping memberi rasa masam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami sy kalo buat mmg dia letak asam tu, tapi masa nk buat tu, mmg takde stok asam tu. lantak je la kak, telan je.hahaha.

      Delete
  2. selain ikan bawal ikan apa yg sedap ye.akak tak suka ikan bawal. tapi resepi tu nmpk senang dan sedap..tu yg nak meneray..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya suami sy guna ikan kerapu kot. janji ikan yg besar dan ada byk isi, mmg simple resepinya. sedap.

      Delete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post