Assalamualaikum wbt.
Laki aku kalau tanam pokok apa-apa pun, insyaallah mau pokok tu hidup. Tapi kalau aku yang tanam, selalunya memang susah nak hidup. Huhuhu.. Kesian..
Dia memang minat tanam-tanam ni, aku minat jugak tapi disebabkan kebolehan aku untuk tanam menanam ni agak kurang, maka minat aku tu tak la berapa nak hado sangat.
Haritu laki aku tanam cili depan rumah, tanah depan rumah kami tu memang la tak luas mana pun, sekangkang kera secoet je pun. So biasanya laki aku ni akan tanam pokok-pokok dia dalam pasu, dalam bekas polistrin je pun.
Alhamdulillah, subur elok pokok-pokok cili dia. Aku sebagai seorang yang tak berapa makan makanan pedas ni, jenuh jugak fikir nak masak apa sebab cili-cili ni banyak sangat.
Meriah weh cili-cili kat pokok ni. Jenuh jugak kami offer dekat jiran-jiran. Tapi disebabkan aku jarang masak, petik-petik cili, jadinya cili ni dah pun merajuk. Huhuhu.
Sekarang ni pokok-pokok cili ni dah mati, merajuk dengan aku kot sebab tak ambik tau hal semasa depa. Sekarang ni yang tinggal kat "kebun sekangkang kera" laki aku tu, ada la pokok pandan, pokok buah tin dengan pokok anggur.
Pokok tin dah lama jugak tanam, masa tu laki aku memang minat sangat dengan pokok tin, sampai sanggup beli benih berapa puluh or berapa ratus ntah, aku pun dah lupa.
Nanti aku tunjuk pokok anggur yang laki aku tanam dalam bekas air. Tapi buah anggur ni masam, tak sesedap anggur yang jual kat kedai.
No comments:
Post a Comment