• News

    28 January, 2021

    BUKU UNTUK ANAK-ANAK

     Assalamualaikum wbt.


    Jadi, 2021 ni anak2 masih belajar online kat rumah.


    Mencabar gila bila anak-anak belajar kat rumah ni. Bukan seorang, tapi 3 orang anak kita kena tengok-tengokkan kelas online depa termasuk kerja sekolah yang cikgu bagi. Bertambah mencabar bagi mak2 yang bekerja ni, sebab anak2 dekat rumah pengasuh, so tak dapat nak join kelas online. Malam je masa yang ada untuk mak2 tengokkan kerja sekolah anak2. Kalau dah malam ni paham2 laa, bateri dah weak, mak pun dah letih sebab siangnya keja, anak2 pun dah mengantuk sebab siangnya dah pakai banyak tenaga sebab meloncat, berlari, bergaduh, berebut, tolak aku hang.


    Jadinya, sebab nak tarik minat anak2 baca buku dan tertarik dengan buku, so aku belikan anak2 buku dari bookstore dan jugak online. 




     Aku beli 4 buah buku cerita dekat Chiew Stantionary, kedai ni dekat ja dengan rumah aku. Balik kerja aku singgah situ, hampir satu kedai level bawah tu aku tawaf. Ada jugak puzzle bagi anak2 main, takla asyik tengok TV je. Congkak yang aku beli haritu, depa dah muak nak main, guli pun taktau hilang pi mana. Haihhh... 










    Buku 500 vocabulary (dapat free Children's Visual Dictionary) dengan buku Bijak Nombor ni aku beli online. Sumpah lawa buku ni. Aku harap anak2 aku tertarik la nak baca buku ni, plus pandai omputih. Hahahaha.. 

    Ni aku copy sikit details pasal buku 500 vocabulary ni:

    đź“• BUKU 500 VOCABULARY đź“•

    ✅ 123 mukasurat
    ✅ 100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria

    HARGA PASARAN : RM35 

    ✅ PERCUMA 48 muka surat ' Children's Visual Dictionary'đź’– ( TERHAD)

    HARGA BUKU BELUM MASUK POSTAGEđźšš

     RM8 SEM/RM12 SS

    JUMLAH : RM 43





    1 comment:

    iamfuzy said...

    mmg kena sedia buku utk. anak2 skrg ni kan..kalau tak mood belajar anak2 pun kelaut sbb x boleh masuk sekolah..

    salam kenal dari blog iamfuzy.com

    Total Pageviews

    My Followers