TOPUP BARUNG DAPUR SEMPENA NAK PKP 22 JANUARI 2021 - 4 FEBRUARI 2021

 Assalamualaikum wbt...


Since kerajaan dah umum PKP untuk seluruh Malaysia kecuali Sarawak, kita topup la sikit stok barang dapur kat rumah. Budak2 tu bukan boleh, sehari 500 kali buka peti ais. Sikit2 lapar, sikit2 dahaga.


Stok makanan macam ni, tahan berapa hari ja kat depa ni. Apa nak buat, sat tengok tv, sat main basikal depan rumah, sat lari2, lepas tu bergaduh, lepas tu lapar balik. Mak pun dah jadi hijau. Hahahaha...



Nak kurangkan bosan anak2, aku beli congkak dekat Shoppe. Tak ingat harga berapa ringgit, tapi OK la, dapat la ubah fokus depa dari asyik tengok TV. 



Congkak ni sebenarnya ringan je, made from plastik, bukan kayu macam dulu2. Kalau congkak kayu tu memang berat, kalau jatuh atas kaki, alamatnya bengkak 2 hari. Hahahha.. So ok la ada congkak ni, dah jadi game 1 family. Anak2 pun boleh belajar benda baru. Daripada asyik2 tengok TV. 






1 Comments

Dipersilakan komen disini.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post