AKTIVITI MAK-MAK PART 1

 Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, hari minggu muncul jugak. Hahaha.. Tak sabar nak tunggu hujung minggu, sebab tak perlu nak kelam kabut kejut anak nak online class, kalau kelas offline mak depa ni OK lagi, tapi kalau kelas online, jenuh jugak. Emran & Amna selalunya memang akan ada kelas online hari-hari, sorang akan online dekat handphone mak depa ni, dan sorang lagi online dekat handphone Realme C15 yang aku beli lepas raya haritu. So tak la berebut, cuma depa ni lagi suka kalau online dekat handphone mak depa. 



Harini cadangnya nak buat stok cabai blend or cili blend atau cili boh. Ikut suka la nak panggil apa pun. Yang penting, hangpa paham. Senang kalau ada stok cabai blend ni, nak masak mee goreng ka, ketiaw goreng ka, sambal petai ka, senang ja. Laki aku pun senang la nak masak kalau ada stok cabai blend dalam peti. Sumpah senang, so harini Insyaallah nak buat stok.



Biasa aku akan potong dulu cili kering tu, basuh dan rebus cili kering tu, buang biji-biji cabai kering tu, dan blend dengan bawang besar. Ikut resepi mak mertu aku, masukkan sikit minyak. Dan blend la semua bahan-bahan tu sampai halus. Tahan la seminggu. 



Benda no. 2 yang aku rasa nak buat sempena cuti hujung minggu ni, aku ingat nak asingkan baju anak-anak yang masih OK tapi dah tak pakai. Sayang pulak nak simpan je baju-baju tu, baik sedekah dekat orang. Musim-musim covid ni, daripada nak beli baju, baik kita guna duit tu beli makanan, betul tak? Nanti lah, dah siap asingkan baju-baju ni, baru aku nak roger Cikta, suruh dia hantar kat asnaf-asnaf yang dia handle tu. 



Tak pasti nak open dekat kawan-kawan ke tak kali ni, sebab aku pun sibuk jugak, tengok la macam mana nanti. 



Aku nak share sikit kenangan lama yang sangat manis untuk aku kenang sampai bila-bila. Masa aku nampak Cikta share kes asnaf ni, terus terdetik nak tolong. So aku pun start collect dana, share dekat whatsapp status dan FB. Sebab nak harapkan duit sendiri, berapa banyak la kita boleh tolong kan. So hasil dana yang kawan2 bagi, alhamdulillah dapat bantu keluarga ni. Ada jugak kawan-kawan yang  bagi tilam, periuk belanga, memang banyak sangat kawan-kawan bagi. Kami belikan jugak tikar getah, bagi duit untuk baiki motor keluarga ni. 





Beli barang dapur dekat Speedmart





Beli pampers dan minyak masak




Belikan rice cooker




Tikar getah segulung





Antara hasil sumbangan kawan-kawan. Terima kasih kawan-kawan yang selalu support





Tilam tebal ni Sha bagi. Angkut dengan Exora Cikta




Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post