• News

    07 July, 2021

    MEMBEBEL HARI INI PART 1

     Assalamualaikum wbt.


    Masa awal-awal nak beli domain haritu, dah janji dengan diri sendiri, aku akan rajin update blog hari-hari, sudahnya malas tu tetap tebal dalam diri, memang tak boleh buat apa. Hahaaha... Tambah-tambah pulak memang agak letih sebab masih 'work from home' dan handle anak-anak yang PDPR dirumah. Letih taktau nak cerita macam mana, rasanya lagi letih dari masuk kerja 8.00 - 5.30 petang tu. Hahahaha..


    Kelas online biasanya bermula pukul 8.00 pagi dan habis 1.00 petang, 1 hari ada 3 kelas. Jadi agak kelam kabut, nak tengok kerja sendiri, nak make sure anak-anak masuk kelas online dan buat kerja sekolah. Jangan lupa, masih kena masak dan buat kerja-kerja rumah. Itupun kalau sempat, kalau tak sempat lantak lah kau. Haahahaha... Penat kot! Jadi surirumah bukan kerja mudah tau, jangan ingat perempuan-perempuan yang tak bekerja, duduk rumah jaga anak tu tak penat. Aku memang respect dekat semua surirumah yang berkorban demi keluarga. 


    Aku ada kawan yang ada diploma in accounting, orangnya bukan tak pandai, kalau kerja pun mungkin boleh dapat kerja yang baik. tapi terpaksa handle anak-anak dan keluarga seorang diri sebab suami jauh, tentera biasalah kan. Hari-hari sekolah, berapa kali keluar masuk rumah hantar anak-anak ke sekolah sebab masa masuk sekolah / tadika tu tak sama. Balik rumah masak apa yang patut, kemas rumah, lepas tu cukup time nak ambik anak-anak dari sekolah. Petang nak hantar anak ke sekolah agama pulak. Hmmm.. sangat penat.


    Kalau aku ditakdirkan berhenti kerja dan jaga anak-anak kat rumah, memang aku boleh stress. Hahahahaha.. Sebab aku ada terfikir bila dah stress hal kerja, aku ingat nak je berhenti kerja dan duduk rumah jadi surirumah. Rasanya benda tu tak mudah kot. So, taknak la berhenti kerja lagi. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang teruk, hadap je la.


    Haritu mungkin Amna tengok aku buat kerja tak bangun-bangun dari kerusi ni, so dia pun tolong buatkan air untuk aku. Siap cakap, "Mama, nah air". Allahu... memang aku selalu jugak marah budak ni, sebab kalau harini kita tak marah, tak cakap dengan dia apa yang dia buat tu salah, aku risau nanti dia terbawa-bawa dengan perangai dia ni sampai ke besar. Jadi, aku sangat-sangat tersentuh dengan apa yang dia buat ni, walaupun setakat buatkan aku air. Mama is terharu.. huhuhuhu...



    Terima kasih Kakak, buatkan Mama air. 


    Eh, nanti aku review printer yang murah, sesuai untuk yang bekerja dari rumah dan nak print kerja sekolah anak. Aku pakai printer HP je. Nanti lah aku review. 




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers