Good bye 2021, Welcome 2022

 Assalamualaikum 


First posting di tahun 2022! Alhamdulillah, kita dah tinggalkan 2021, selamat datang 2022. Semoga yang baik-baik sahaja untuk 2022 ni. Tentunya banyak liku, cabaran dan dugaan yang kita kena tempuh. Tapi harap-harap semua tu kita dapat harungi dengan tenang. Insyaallah.


Malam tahun baru kami disambut dengan cara tidur awal. Hahaha. Sebelum pukul 11 dah masuk tidur sebab letih, dan penat. Anak-anak pun sama, pakat masuk tidur awal. Hanya aku dan anak-anak, it’s OK, kami dah biasa macam ni. 


Pagi di tahun baru, order roti canai dari Grab Food sebab malas nak keluar. Teknologi dihujung jari, kena manfaatkan. Tak payah nak bersiap pakai tudung, start enjin kereta. Hehehe. Teringat nak call Haji, mintak tengokkan rumah sewa. Nasib baik Haji available pagi ni. So lepas set time, kami pun gerak ke rumah sewa aku yang nak kena repair tu.

























Major area yang aku rasa banyak kena touch up dah tentu lah toilet. Malas aku nak share gambar toilet tu, kang nak makan nanti, teringat pulak gambar toilet tu. Hahaha. Nak tukar toilet cangkung ke toilet duduk, nak suruh Haji cat balik satu rumah, repair sikit-sikit lah nanti.


Harap-harap total repair cost tu tak lebih dari budget aku, kalau lebih dari budget aku, mungkin aku kena start survey dengan contractor lain. Tapi since Haji ni jiran aku, better aku proceed je dengan Haji. But, risau jugak Haji tak dapat siapkan sebelum bulan 2, sebab aku plan nak sewa kan sebelum bulan 2.


Semoga dipermudahkanlah segala urusan nanti. Tolong doakan aku ye. Semuanya kena settlekan sendiri since sekarang ni aku dan suami PJJ.


Petang ni sambil rileks-rileks tengok Tv, tengok email yang connected dengan blog ni, adehhh.. apa pulak policy violations ni. Katanya, your adsense publisher policy report for xxxx on Dec 31, 2021. Entah apa la rh aku buat sampai kena macam ni. Hahahaa. Sampai ke sudah lah duit kat akaun Adsense tu dok 2 sen sampai la Abang Jamil mampossss…












Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post