• News

    23 February, 2022

    Khasiat dan kebaikan sarang burung @ bird’s nest


    Khasiat dan kebaikan sarang burung @ bird’s nest



    Beruntungnya aku dan kawan-kawan harini, dapat cuba Bird’s Nest with White Fungus and Rock Sugar. Birds nest ni dibotolkan dalam botol yang cantik dan berkualiti, dipasarkan atas nama NewMoon. Uwaaa.. skemanya ayat 😂



    Insyaallah, ada tanda Halal, jadi kami pun tak ragu-ragu nak cuba. Kalau yang tak ada tanda halal tu, risau jugak sis nak cuba 😂



    Birds nest sebenarnya lagi sedap kalau diminum sejuk-sejuk, tapi kalau minum macam tu saja pun dah sedap. Masa cuba birds nest ni tadi, aku terus cakap, eh.. rasa macam laicikang! Hahahaha..



    Kita memang biasa dengar orang cina minum dan amalkan birds nest ni, tapi tak pasti dan tak berapa kisah sangat kebaikan dan khasiat bird nest ni. Jom lah kita study sikit kebaikan dan khasiat bird nest ni, mana tau, lepas ni ada rezeki lebih, kita boleh minum selalu. Untuk kesihatan dan kecantikkan, sapa yang takmau kan?



    Menurut artikel yang aku baca ni, dikatakan bird nest boleh membantu menganjalkan kulit. Wowww.. confirm lepas ni kulit aku anjal macam kulit Rozita Che Wan! Hahahaha..



    Katanya lagi, bird nest ni boleh melambatkan tanda-tanda penuaan. Haaa.. elok sangatlah kan! Umur nak cecah 40 dah ni, kalau amalkan selalu, mesti maintain muda remaja. 



    Dan lagi, bird nest ni jugak boleh jadikan kulit cantik dan halus. Mungkin bak bidadari, kulit putih dan gebu. Hahahaha.



    Adakah lepas minum sebotol bird nest ni, kulit aku akan kelihatan cantik, putih dan halus? Haaa.. jangan mimpi! Kena betul-betul amalkan, baru lah boleh dapat semua khasiat tu.











    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers