• News

    23 February, 2022

    Craving for macarons

    Hari ini aku belikan Amna macarons sebab dah 2,3 hari dia asyik sebut pasal macaroons. Honestly, aku sendiri pun belum pernah makan macarons, dan tak pernah pulak terasa nak beli dan makan macarons.


    Tapi harini aku beli kan jugak apa yang Amna nak, sebab kesian dekat anak, asyik sebut benda yang sama. Mungkin dia tengok dekat TV, dan dia teringin nak tau, apa rasanya macarons tu.


    Balik kerja tadi aku singgah di Living Bread belakang TF dan Sofera Hotel Manjung, sebab aku pernah nampak bakery ni jual macarons.


    Harga not bad ya, seketul 3 ringgit lebih!


    Beli lah 4 ketul, sebab aku ada 4 anak. Biarlah merasa sorang sikit. Mak tak makan takpa, hahaha janji anak-anak dapat makan. 😂


    Jadi, lepas dah makan macarons ni, aku pun tanya lah Amna, so macam mana? Dah makan macarons ni? Apa rasa?


    Amna: hurmmm boleh lah. Tengok orang makan, macam sedap! Rupanya…. Ayat dia berhenti kat situ. Hahahahaaha..


    Kesimpulannya, benda yang kita nampak sedap atau cantik, tak semestinya sedap bila kita dah cuba. Jadinya lepas ni Amna dah tak mintak nak makan macarons sebab dia kata takla sedap sangat. 😂


    Ok, jimat duit mama, Amna oii. Mintak lah makan benda-benda yang murah sikit, ini tak, seketul kecik tu dah harga 3 ringgit lebih. Tapi aku faham la, yang bahan nak buat macarons, skill yang kena ada nak buat macarons ni bukan senang. Tapi tu lah, anak aku nak jugak makan. 




    Colorful macarons displayed in the bakery shop




    Nice colors! No wonder my Amna excited to try! 😂






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers