Tak Pernah Ada Passport



Sejujurnya kan, aku tak pernah ada passport, walaupun jarak nak ke Pejabat Imigresen dengan rumah aku taklah jauh sangat. Sebabnya, tak ada keperluan pun untuk aku buat passport.




Nak pergi ke mana kalau ada passport? Jangankan ke luar negara, dalam negara pun belum tentu aku pergi. 




Pernah dulu aku cakap dengan adik aku, aku ni tak pernah pergi mana-mana. Kerja, balik rumah, jaga anak-anak, macam tu je la life aku. Jadi bila adik aku dengan kawan-kawan dia dah banyak kali melancong ke luar negara, aku sebenarnya teringin jugak nak ikut. Hahahaha…




Teringin weh, bukan tak teringin..




Kebetulan jugak anak-anak aku dah besar, jadi mungkin tak ada masalah untuk suami aku jaga anak-anak, while aku pi ber ‘me time’, bercuti dengan adik aku.




Teringin sebenarnya nak spend duit yang kita penat-penat cari tu, dengan melancong tengok tempat orang, nak tengok budaya baru, nak cuba makanan kat luar, sampai dah cakap dengan suami aku, nanti kalau kerajaan dah open border, then adik aku nak pergi bercuti ke mana-mana, aku nak sangat ikut.




Tapi, kita hanya merancang, segalanya Allah yang tentukan. Dalam baik-baik aku merancang, sekali suami aku terpaksa berpindah dan of course lah tak de sapa-sapa nak jaga anak-anak aku. Hahahahaha…




Hidup aku sekarang ni lebih tertumpu pada anak-anak aku. Tambah-tambah lagi sekarang, aku dan suami PJJ (perkahwinan jarak jauh). Suami aku di Sg Besi, aku dan anak-anak di Manjung. Jadi, nak bercuti, nak melancong tu memang tak ada dalam plan kami sekarang ni.




Kalau ada masa pun, kami spend time di rumah saja, bawak anak-anak keluar makan, ataupun balik ke Ipoh tengok mak ayah mertua aku. Nak bercuti tu memang tak sempat. Jadi, biar dulu lah, letak tepi lah nak buat passport ke, nak bercuti ke.




Tapi since boleh dapat pengecualian cukai pendapatan kalau kita check in mana-mana hotel atau pergi bercuti tu, aku terfikir nak bawak anak-anak aku ke KL, check in mana-mana hotel dekat sana. Rugi lah kan, benda boleh claim, buat apa tak claim? 




Sementara anak-anak masih kecil ni, terpaksa lah fokus pada anak-anak dulu. Tunggu anak-anak besar sikit, maybe masa tu kami dah boleh travel sama-sama.




Passport? Takde keperluan lagi untuk buat passport. Tunggu lah nanti-nanti baru buat, but not now. Cuti-cuti dalam Malaysia je lah, tak kena buat passport pun kan. Hehehehe..



Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post