• News

    30 March, 2022

    WW Wordless Wednesday - Foods Image in my photo album

     Assalamualaikum 


    Tajuk bukan main lagi speaking mat saleh. Hahaha. Nak update blog, tapi malas. Malas, tapi nak update blog. Hahahaha… teruk betul ye masalah aku ni. 😂


    Ok, sempena tema kita harini iaitu wordless wednesday, aku nak share 5 gambar makanan yang ada dalam phone gallery aku ni. Selain gambar anak-anak, gambar makanan adalah antara gambar terbanyak ada dalam phone gallery aku ni. What to do, jenis suka ambik gambar, lagak macam photographer lah kan, sampai penuh dah gambar dalam data phone aku ni. Huhuhu..


    1. Mee sup bodoh


    Mee sup bodoh diberi nama sebab bahan pun tak cukup, pakai apa yang ada je. Biasanya sup ada letak halia kan, tapi entah lah, time nak masak ni lah cari-cari halia tak jumpa. So, tumis je bawang putih dan bawang merah, letak ayam, letak fish cake, letak lada sulah, letak kiub ayam, celur mee dan sawi. Tadaaaa… siap dinner kami malam ni, mee sup bodoh. 


    Nama je mee sup bodoh, tapi rasa dia sedap. Sumpah! Tak tipu.


    Eh lupa, aku buat jugak garlic oil. Sedap oii makan sup dengan garlic oil. Takkan asyik nak makan mi segera. Hehehe…





    2. Nasi ayam golek beli dengan laki pirahhh


    Panjang pulak nama nasi ayam ni. Honestly, aku paling suka nasi ayam The Chicken Rice Shop tapi harga mahai sikit lah kan, tapi nasi ayam golek laki pirahhh ni memang dah jadi favourite aku sekarang. Sebungkus nasi ayam golek ni harga RM6, yang special tu ada extra ayam harga dalam RM8.


    Paling mudah nak makan sambil berjimat, makan la nasi ayam, kalau beli nasi campur tu, letak ayam seketul, letak sayur sikit dah kena berapa. Jadi, hang makan lah nasi ayam sampai lama-lama muka hang macam teloq ayam. Hahahaha… 




    3. Nasi putih dengan sambal paru dan telur mata kerbau


    Ok, ni menu breakfast aku pagi tadi. Aku memang dah lama tak singgah beli breakfast, tapi masa tengah siap-siap pakai tudung tadi, terfikir nak beli breakfast. So berhenti je lah kat one of gerai on the way ke tempat kerja. Aku minta kakak tu letak nasi putih separuh, sambal paru dan telur mata. Total RM5.


    Sampai office, laju-laju aku makan sebab aku makan dekat tempat aku je, malas nak makan kat pantry. Takut berbau pulak, bising pulak orang lain. Hahahahaha..


    Kebetulan, menu breakfast aku sama pulak dengan kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu. Sehati sejiwa betul kita ye…




    Cukup lah ye share 3 gambar makanan dari phone gallery aku. Asalnya nak share 5, tapi dah malas. Hahaha. Next time aku share lagi ye. Terima kasih sebab singgah ke blog aku dan sudi baca coretan aku yang tak seberapa ni.

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers