I Forgive But I Learn A Lesson


 

I forgive, but I also learn a lesson. I won’t hate you, but I’ll never get close enough for you to hurt me again. I can’t let my forgiveness become foolishness.


Aku terjumpa quote ni dekat faceook, so aku share dekat sini sebab aku boleh relate sangat dengan statement ni. Dulu, aku pernah ada kawan rapat, masa aku muda remaja dulu, tapi disebabkan apa yang dia cakap dekat aku sampai aku terasa hati, sampai sekarang aku masih tak boleh nak baik balik dengan dia.


Ye, benda dah lama, sepatutnya aku dah move on. Tapi maaflah, susah untuk aku lupa. Aku betul-betul dah maafkan dia, sumpah! Aku tak tipu yang aku betul-betul dah maafkan dia, tapi pun tak benci dia, tapi nak berbaik-baik balik macam dulu, memang tak.


Kalau jumpa mungkin akan tegur-tegur, aku bukan bukan jenis yang sombong, walaupun muka aku ni sejenis yang nampak sombong, nampak kerek orang kata. Tapi tu la, nak baik-baik, nak sambung balik friendship yang dah lama rosak sebab ayat dia yang dah robek hati dan perasaan aku, mungkin tak.


Cukup lah rasanya dulu kita kenal. Biarlah kita bawak haluan hidup masing-masing. Aku bahagia dengan life aku, dengan kawan-kawan yang aku ada, walaupun tak ramai kawan, tapi aku rasa circle aku ada ramai kawan-kawan yang baik, yang selalu bagi nasihat, yang selalu jadi pendengar setia masalah aku. Hahaha. Masalah banyak oii… 


Jadi, cukup la setakat dulu kita kenal, kita pernah jadi kawan baik. Sumpah aku tak benci, aku cuma tak lupa apa yang pernah jadi. Semoga hang baik-baik aje.





Silakan tatap wajahku yang manissss sekali. Hahaha. Terpaksa pakai filter IG sebab nak cover jerawat yang singgah dan menghuni kulit wajahku. Muka ni la yang orang selalu cakap kerek dan sombong tu. Hahaha….


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post