• News

    14 April, 2022

    Terima Kasih Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut

    Assalamualaikum dan salam 12 ramadhan


    Wah, dah masuk 12 ramadhan rupanya! Sedar tak sedar dah dekat 2 minggu kita puasa kan. Pejam celik pejam celik dah habis ramadhan, tiba lah syawal. Tak sabar nak raya tahun ni, sebab dah 2 tahun tak dapat beraya dengan mak dan keluarga dekat Kedah. I’m super excited nak balik raya ke Kedah, walaupun tak sure lagi cuti suami aku macam mana. 😂


    By the way benda ni dah lama, tapi baru ada kesempatan nak tulis dan share dalam ni. Aku betul-betul nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Tuan Haji Rafiq sebab hantar bantuan dekat aku dan anak-anak masa kami mula kuarantin haritu. Kebetulan masa tu memang barang rumah dah habis, aku tak sempat topup stok barang dapur. 


    Aku sangat terharu Tuan Haji Rafiq dan kawan-kawan sudi datang dan hantar sendiri bantuan ke rumah aku. Katanya masa tu dalam perjalanan nak ke PRU Johor, kalau tak salah aku. Tapi sempat singgah ke rumah aku, of course lah kira rasa terharu kan. Masih ada oranh yang fikir tentang kita yang biasa- biasa ni di saat depa busy dengan jadual politik depa.


    Honestly, aku teringat ayah. Kalau ayah ada lagi sekarang, mesti ayah bangga dengan parti politik yang dia selalu bangga-banggakan ni. Ada junior-junior ayah yang ambik berat tentang kesusahan masyarakat sekeliling. 


    Sekali lagi, terima kasih buat Tuan Haji Rafiq dan kawan-kawan, semoga terus semangat dalam menjalankan tugas. 




    Manisnya senyuman YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Walaupun dah tak pegang jawatan tertinggi, rasa Dr Zambry still aktif dekat area Lumut & Pangkor ni. 


    Dapat kicap botol besar, dapat minyak, bihun, sardin, gula, susu pekat, banyak lagi lah. Alhamdulillah.









    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers