• News

    28 April, 2022

    Penangan Orang Kedah Nak Balik Raya

    Masa buka facebook tadi ternampak ada orang share pasal ni dekat group page Penduduk Sik Kedah Darul Aman. Katanya, para perantau yang ingin pulang beraya di Sik, sila pastikan anda semua ambik cash secukupnya sebelum masuk sebab semua ATM yang ada dekat Sik ni selalu takdak duit. Sekian.





    Hahahaha… patut 2,3 harini aku dengar kawan-kawan dok merungut yang duit dekat ATM di Sik asyik habis. Penangan nak raya kot. Sampai licin duit kt ATM.


    Aku pun share siap-siap dekat adik-adik aku yang insyaallah akan balik beraya ke kampung tahun ni. Hangpa pi tekan duit siap-siap sebelum balik kampung, satgi hangpa sampai kampung, nak cucuk duit dekat ATM, duit habih pulak. Haaa.. tekan lebih sikit takpa. Hahahaha…


    Aku haritu dah withdraw duit siap-siap, tapi entah lah, risau jugak kalau-kalau tak cukup. Nak kena tekan lagi ke tak eh? Rasa macam dah cukup, tapi rasa macam tak cukup duit jugak. Hahahaha.. dalam dilema betul la. Harap-harap cukup lah tu, jangan ikut perasaan sangat. Takkan nak habiskan semua duit yang ada ni haaaa??? 


    Tapi honestly, dah lama tak beraya kat kampung, sejak-sejak covid melanda negara, tak salah pun berhabis sikit untuk raya kali ni. Asalkan jangan lepas beraya, hang sibuk dok bayar hutang orang sebab nak nampak kaya, nampak gah di hari raya. Hahaaha…


    Aku ni, tudung raya pun tak beli lagi. Tapi macam tak kisah sangat, janji dapat balik beraya ke kampung. Tak sabar nak kumpul ramai-ramai. Waaaa… sis is tazabarrr…. Semoga Allah permudahkan urusan kami nak balik ke kampung nanti. Aminn…

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers