• News

    08 May, 2022

    HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK - by Ustaz Azhar Idrus

     Assalamualaikum


    Aku ternampak ramai orang share satu post dekat Facebook, pasal parents yang tak puas hati anak dapat duit raya sikit bila pi beraya. Katanya, dia tak sangka, zaman sekarang ni masih ada yang bagi duit raya RM3, dah macam zaman dulu-dulu. Siap mentioned lagi, kalau dia pi beraya dirumah kawan-kawan dia di Penang, paling koman kawan-kawan dia akan bagi RM5 atau RM10 seorang. Katanya lagi, dengan budak-budak pun nak kedekut, disuruhnya kita jangan berkira sangat dengan budak-budak.


    Jadi, sebagai ustazah nur netizan, mai sini aku nak jawab untuk mak bapak jenis bongok macam ni.


    Duit raya ni sebenarnya sedekah je, nak meraikan budak-budak yang beraya, jadi kalau sebut pasal sedekah ni, tak kisah la seringgit ka, 2 ringgit ka, tetap ada pahala dia. Bukannya Allah tetapkan pun, hang kalau nak sedekah, hang kena sedekah minimum 5 ringgit. 


    Nak bagi duit raya ni, bukan nak bagi dekat anak hang sorang je, nak bagi dekat ramai lagi budak-budak kot. Kalau bagi sorang sikit, ramai lagi yang dapat duit raya tu. Yang hang hadap sangat dengan duit raya anak-anak hang tu dah kenapa, bukan hang boleh guna pun. Melainkan la duit raya yang anak-anak hang dapat tu, hang ambik nak tukar sport rim kereta. 


    Jadi, kebetulan jugak ada yang share pasal satu video dari ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal hukum ibubapa yang guna duit raya anak, samada untuk kegunaan harian atau semasa terdesak.


    According to this video, Ustaz Azhar Idrus cakap, HARAM sekiranya mak bapak guna duit raya anak. Sekiranya terdesak, boleh guna dulu duit raya anak-anak, tapi wajib kena ganti balik. 


    Jadi, aku pun risau jugak terguna duit raya anak-anak. Lepas dah kira duit raya anak-anak, dapat la dekat RM 800 lebih untuk 4 orang anak aku ni, so aku genapkan terus jadi RM 1,000 dan terus transfer ke akaun Tabung Haji anak. Aku transfer je dari akaun Maybank aku, jadi duit raya yang depa dapat ni, aku boleh guna untuk belanja depa ke sekolah, sebab banyak duit seringgit-seringgit tu, senang la nak bagi duit belanja sekolah. Kalau tak, jenuh jugak dok cari duit tukar.


    Nanti aku share macam mana nak transfer duit dari akaun Maybank ke Tabung Haji, sebab selama ni aku memang buat online je, malas nak pi kaunter, nak keluar masuk duit. Walaupun kena charge RM 1, tapi aku OK je, lagi rela kena charge RM 1 dari nak keluar time lunch pi Tabung Haji, cari parking yang maha susah tu, kena tunggu turn walaupun mungkin transaction untuk keluar / masuk duit tu tak lama. Jadi, bayar je lah RM 1, jimat masa dan tenaga. 


    Tapi, transaction ni tak boleh buat guna apps MAE, sebab aku dah godek-godek jugak apps MAE tu, memang tak jumpa tempat untuk buat transaction keluar / masuk ke Tabung Haji,


    Kesimpulannya, berapa duit raya anak kita dapat, jangan pertikai. Duit raya ni bukannya benda wajib, berapa je orang bagi, ajar anak-anak kita untuk ucap terima kasih dan bersyukur. Orang bukan nak bagi duit raya dekat anak kita je, berapa ramai lagi budak yang dia nak kena bagi duit raya. 


    Sekian, terima kasih.







    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers