• News

    16 May, 2022

    Simpan Duit Raya Anak di SSPN

    Assalamualaikum wahai pembaca blog ku yang budiman dan dermawan serta jelitawan-jelitawan sekalian, semoga hangpa semua dalam rahmat Allah selalu. Amin. Panjang sikit ye mukadimah.


    Baru-baru ni aku tengok ada ramai orang share pasal cara nak simpan duit raya anak, nak simpan kat mana ye duit raya anak-anak hangpa, ASB ka, Tabung Haji ka, atau SSPN.


    By the way, antara anak-anak aku semua, hanya Emran seorang je yang ada akaun ASB, anak-anak yang lain memang aku tak buka akaun ASB. Sebab aku lebih prefer buka akaun anak-anak dekat Tabung Haji. Jadi untuk aku, memang aku tak pilih simpan duit anak-anak dekat ASB, biarlah orang kata dividn ASB tu tinggi, terpulang lah pada diri masing-masing. 


    Mula-mula memang aku park duit raya anak-anak dekat Tabung Haji, sebab apa-apa pun, memang aku prefer park duit dekat Tabung Haji, sebab saving aku pun mostly aku park dekat Tabung Haji. Tapi akhirnya, bila orang share pasal SSPN, aku pun buat lah keputusan untuk simpan duit anak-anak dekat akaun SSPN je.


    So far aku memang buat potongan tiap-tiap bulan sebanyak RM30 untuk SSPN anak, SSPN plus yang aku ambik ni termasuk dengan takaful. Nak ambik pakej yang mahal-mahal, rasa macam tak mampu pulak. Jadi ambik je la pakej SSPN plus yang paling murah. Biar sikit, lama-lama jadi bukit. Betoi tak?


    Walaupun dah buat potongan tiap-tiap bulan, tapi aku still boleh tambah duit dalam akaun anak-anak kalau aku ada duit lebih, for this case, boleh la aku masukkan duit raya anak-anak ke akaun SSPN plus depa tu. Jadi, duit raya depa yang dapat dalam RM1,000 lebih tu, aku genapkan jadi RM1,200, maka dapat la seorang RM300. 


    Kenapa aku akhirnya decide nak simpan duit raya anak-anak dalam akaun SSPN plus?


    Sebabnya, kalau simpan dalam akaun SSPN, Insyaallah nanti akan dapat pengecualian cukai (tax exemption). Contohnya bila gaji hang kena tolak / ambik masa cukai pendapatan tu, hang boleh guna balik duit-duit SSPN untuk claim cukai pendapatan. Eh, macam confused pulak cara aku explain. Hahahaha… macam mana nak explain eh?


    Contoh, kalau untuk 2022 aku simpan RM3,000 dalam SSPN anak-anak, jadi nanti masa LHDN umum untuk submit pengecualian cukai, so boleh la kita guna duit yang kita simpan dalam SSPN tu. Urmm.. faham tak? Hahahaha… 


    Jadi kesimpulannya, semua duit raya anak-anak aku dah simpan dalam SSPN, dengan harapan masa time nak submit tax exemption, aku boleh claim balik. 


    Haaa.. begitulah ceritanya. Sekian, terima kasih.




    Duit raya yang dah siap dikira dan disusun. Konon-konon nanti boleh recycle balik untuk ryaa tahun depan, tapi disebabkan dalam dompet aku memanjang tak ada cash, so aku pun guna dan ganti balik dengan duit dalam akaun aku, transfer ke akaun SSPN anak. Hehehe…


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers