• News

    18 May, 2022

    Ke Mana Kau Wahai Daun Kunyit

    Assalamualaikum wbt wahai pembaca blog sitinaminah02.com yang budiman


    Penat hari ni. Berapa kedai aku tawaf nak cari daun kunyit tapi daun kunyit tak dak. Dah janji esok jamuan raya, aku nak bawak rendang ayam. Tapi ni daun kunyit takde, tak lengkap lah kan rendang tu kalau tak ada daun kunyit.


    Rasa bersalah pulak kalau esok tak bawak apa-apa makanan. Eh, makanan lain ada. Aku ada order agar-agar pandan 2 loyang, RM30 jugak untuk 2 loyang tu. Harap-harap cukup la. Jangan pulak ada yang tanya, Kak Siti, mana rendang ayam. Hahahaha…


    Selain rendang ayam, boleh masak apa eh?


    Barang-barang dapur bukan ada sangat pun kat rumah. Aku memang beli barang nak masak rendang ayam je, ni kerisik, santan, halia, lengkuas segala bagai ni nak buat apa. 


    Aduhhh.. dugaan apa kah ini? Hahahaha….  Mana lah perginya kau wahai daun kunyit! Time aku takmau beli, berlambak-lambak pulak aku tengok dalam peti ais Kedai Hamriz, harini nak beli, aihhh sampai berapa kedai tak dak. 


    Ni gambar rendang ayam yang aku buat minggu lepas. Aku tak pandai sangat masak rendang ayam, ni pun laki aku yang ajar macam mana nak masak rendang. Hahahaha…





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers