• News

    11 June, 2022

    Fakta ChickenPox (Terima Kasih Dr. Kamarul)

    Assalamualaikum pembaca blog sitinaminah02.com yang comel-comel belaka. Pagi ni bersiaran dari Kampung Kuala Ruman, Jeneri, Sik Kedah sempena menghabiskan saki baki cuti sekolah. 



    Pagi ni masa scroll Facebook, ternampak lah share dari Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan (doktor ni agak famous lah sebab share macam-macam ilmu pasal perubatan dan selalu jugak share kisah-kisah seram), hangpa pi follow dia lekaih. Doktor Kamarul ada share few facts pasal chickenpox.






    Fakta chickenpox. 


    1. Tak wajib kena, ada orang tak pernah kena sepanjang hidupnya - aku pun tak ingat yang aku pernah kena ke tak chickenpox ni, alang-alang dah ada kat kampung ni, satgi aku pi tanya mak aku. So far, anak-anak aku 4 orang ni semua dah kena.


    2. Lazimnya kalau kena, kena sekali saja. Antibodi yang terhasil, kekal. - haaa kebetulan masa Emran kena dulu, dia kecik lagi. Aku pun masa tu baru habis pantang dekat Amna. Jadi bila anak dara yang bertiga tu kena chickenpox, Alhamdulillah Emran tak berjangkit. Kalau tak, satu hal pulak nak ambik cuti jaga anak. So ada logik disitu bila Doktor Kamarul cakap, selalunya orang kena chickenpox ni sekali je.


    3. Tak mustahil kena lebih dari sekali, tapi jarang terjadi. - based on pemerhatian aku, yang kebetulan haritu anak-anak kena chickenpox, walaupun Emran duduk dan main sekali masa fasa adik-adik dia tengah recover dari chickenpox tu, Alhamdulillah tak berjangkit. Risau jugak Emran berjangkit dengan adik-adik dia. Mak depa ni stress lah masa tu sebab cuti tahunan tak banyak, anak-anak pulak berganti-ganti sakit. Nasib baik pak depa kerja kerajaan, so adalah cuti untuk jaga anak-anak yang kena chickenpox ni.


    4. Kalau pernah kena chickenpox, ada risiko kena kayap (shingles) - urmm yang ni aku kurang perasan, so far tak kena kot. Harap-harap tak kena lah, sebab nak handle sakit kayap ni macam leceh jugak kan, ada makanan yang hang kena pantang, dah tu pulak aku sorang-sorang nak handle anak yang tak sihat, jadi kalau boleh, jangan lah anak-anak aku kena. Aminn… 






    Aku dan anak-anak, masa ni kami singgah di Jeti Sungai Semeling, saja lah bawak anak-anak mai tengok tempat mak depa belajar dulu dekat Uitm Merbok. 


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers