• News

    13 June, 2022

    Kalau Bukan Neelofa, Mesti Azri Iskandar

    Assalamualaikum wahai semua pembaca blog sitinaminah02.com yang jelita. Dah makan ke tu? 



    Aku tak sure lah kan kalau aku sorang saja yang perasan atau mungkin orang lain pun perasan jugak, dekat timeline Facebook aku ni, kalau bukan update pasal Neelofa, mesti akan ada update pasal Azri Iskandar. Boleh kata hari-hari pulak tu keluar cerita pasal depa ni. 



    Setakat yang aku perasan ni lah kan, mula-mula keluar cerita pasal Neelofa tutup muka anak dia, Bilal. Well, aku pun nak komen jugak pasal ni. Kalau ikut pendapat aku lah, ikut dia lah nak tutup muka anak dia, tu hak dia kan. Anak dia, dia punya suka lah nak tutup muka ka, or nak share dekat satu dunia pun. Tapi betul jugak la orang tua-tua kata, takut terkena penyakit ain. So, tepuk dada, tanyalah iman. Nak share or takmau share, tu hak masing-masing.



    Lepas tu keluar pulak cerita Bilal, anak Neelofa dapat duit raya berbelas-belas ribu. Ok, ni pun aku nak komen jugak. Hahhaha. Aku rasa tak pelik dan tak hairan pun kalau Bilal dapat duit raya berbelas-belas ribu. Mak dengan ayah dia, Neelofa dan PU Haris tu selebriti. Takkan la family selebriti ni nak bagi duit raya sorang RM10, RM5 macam kita golongan nurrtizen ni. Paling koman, mungkin RM50. Agaknya lah kan. So, benda ni tak pelik pun. Mungkin kadang-kadang orang tu (refer to Neelofa) tak update pun pasal berapa duit raya anak dia dapat, tapi dah ada wartawan-wartawan yang tanya, kawan tu bagitau je la anak dia dapat duit raya sekian-sekian amount. Lagipun depa ni baru dapat nak sulung, mesti lah teruja kan nak share update pasal anak depa. Ishhh... ikut suka depa lah. Kesimpulannya, tak pelik pun aihhh kalau Bilal dapat duit raya banyak-banyak macam tu. 



    Harap maklum, aku bukan die hard fans Neelofa. Hahaha. Tapi saja share pendapat. Gitu.



    Pasal Azri Iskandar ni pulak, haritu keluar cerita yang anak-anak dia ni taknak vaksin. Ok fine, tu hak masing-masing taknak vaksin. Sebab bukan anak-anak dia je, ada je anak orang lain yang taknak vaksin. Kemudian, keluar pulak berita Azri Iskandar dah bercerai dengan isteri dia, pelakon jugak Ellie Suriati.



    Ok, ni aku komen. Hahahaha. Kita faham dan akur lah kan pasal jodoh Azri Iskandar dengan Ellie Suriati setakat tu saja, tapi yang asyik dok muncul dekat timeline Facebook aku ni, katanya Azri Iskandar ni dah ada pengganti. Haaa ni pun tak salah jugak kalau dah ada pengganti, hak masing-masing lah kan. 



    Tapi itulah, cerita pasal 2 selebriti ni je la yang kerap keluar dekat timeline Facebook aku. Kalau bukan online news yang share, mungkin jugak page-page artis yang share. Padahal kat Malaysia ni punya la ramai artis, tapi tu lah, asyik keluar cerita pasal depa ni ja. Hahaha... Kadang-kadang, terkeluar jugak cerita pasal Baby Shima. Oppsss... Entah la, malas pulak nak komen, kadang-kadang baca tajuk je.



    Tapi kadang-kadang tu baca jugak cerita-cerita sensasi hiburan terkini pasal artis-artis ni, bukan apa, kalau baca cerita pasal dunia politik, pasal ekonomi, haihhh bosan pulak. Sekejap-sekejap update pasal parti itu, parti ini, tak pun update pasal harga telur ayam naik, harga ayam naik, harga tepung naik, urmmm semua lah naik. Hahahaha....



    Ok lah, tu saja aku nak share. Bye...




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers