Delete Gambar-gambar Lama

 

Leganya harini dah hari jumaat. Lega dapat rehat 2 hari kat rumah, so weekend ni memang taknak pergi mana-mana, nak duduk rumah, tengok TV, layan Netflix je. Kalau boleh, pergi kedai pun aku taknak. Hahaha. Baju yang masa balik kampung haritu pun duduk kat dalam beg lagi. Jadi, duduk je lah kat rumah diam-diam, setel apa yang patut.



Urmm tapi, macam nak kena keluar jugak, nak cari stok buah. Dah lama tak beli buah, apple ada je kat rumah, tapi apple ni tak sedap, sebab jenis gebu, aku kurang suka. Aku nak apple yang jenis crunchy rangup-rangup tu. Nak cari buah jambu batu jugak, urmm kalau ada longan king sedap jugak. Lama jugak tak makan dragon fruit, meleleh air liur tengok kawan aku share dia beli dragon fruit. Hahahaha.



By the way, gambar and videos dalam album phone aku ni terlampau banyak, dah penuh aku rasa sampai google photo tu tak larat dah nak back up. Jadi, tengah-tengah relaks dekat office ni sempena lunch break, aku nak ambik kesempatan untuk delete dan clearkan gambar-gambar dan video-video yang sepatutnya aku delete. 



Tambah-tambah video aku dok karaoke dalam kereta, feeling-feeling sangat yang suara kau sedap, tapi sebenarnya langsung tak sedap. Lepastu, dengan video dan gambar aku masak-masak, gambar pokok-pokok, haihhh macam-macam lah. 



Tapi gambar yang aku takkan delete, of course lah gambar anak-anak, gambar family, sebab semua tu memori. One day kita boleh tengok balik gambar-gambar ni. 


Jom lah kita layan gambar apa yang banyak sangat dalam album gambar aku ni. Hahahha...


Smart Watch Amazfit Bip U Pro ni suami aku belikan masa birthday aku last year (2021). Alhamdulillah, masih aku pakai dan berfungsi dengan baik. Aku suka smart watch macam ni sebab boleh kira steps, nampak lah aku ni jenis banyak bergerak ka, asyik baring ka. Aku set minimum steps untuk sehari 3,000 steps je, selagi tak cukup 3,000 steps tu tandanya aku memang tak banyak bergerak. Hahahhaa....





Ni bedak sejuk mak aku buat sendiri. Kadang-kadang pakai, kadang-kadang lupa nak pakai. Potong daun pandan kecik-kecik, wangi je bedak sejuk ni. Weekend ni boleh lah aku pakai, muka banyak parut jerawat ni, mana tau boleh hilang parut-parut jerawat ni haa....






Gambar ni pulak masa adik ipar aku tolong tukarkan brake pad kereta Ertiga aku, mechanic import dari Melaka ye. Hahahaha... Aku bayar duit brake pad je, labor cost tak payah bayar, jimat betul. Untung jugak ada adik ipar mechanic ni, tapi tu lah, duduk jauh dekat Melaka pulak. Hahahahaha...






Gambar ni pulak masa first time kami sampai ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sebelum suami aku pindah ke sini, kami datang survey dulu tempat ni kat mana, so far aku belum pernah drive sendiri ke UPNM ni, sis belum ada keberanian yang jitu untuk drive ke sana. 





Gambar ni pulak masa nak hantar suami aku ke dalam base TLDM Lumut, suami aku masa ni nak belayar, tapi tak ingat lah belayar ke mana. Keciknya Aleeya masa ni, aku pun macam kurus sikit masa ni, sekarang ni membesar bagaikan juara! Hahahaha...






View ni aku snap masa awal pagi dekat kampung aku, rasa tenang sangat tengok pokok-pokok yang menghijau, embun pagi yang mendamaikan. Bahagianya kalau dapat duduk di kampung, tak perlu rushing ke tempat kerja, mungkin one day, masa tu mungkin anak-anak dah besar, dan aku pun dah bebas dari hutang (financial freedom).






Taufu fah sedap beli dekat Lekir, on the way nak balik ke rumah. Makan sejuk-sejuk, memang layan gila. Sebekas 3 ringgit kalau tak salah aku. Yang penting, air gula dia banyak.







Tak pasti ni mata kucing ke longan, tapi memang buah favourite aku. Walaupun harga boleh tahan mahal, tapi aku beli jugak, sebab benda sedap kan. Hahahaha... Buah ni kena rendam dan cuci dulu sebelum makan, takut racun dekat kulit buah tu masuk dalam perut pulak masa kita gigit kulit buah tu.






Ubi kayu yang jarang-jarang aku jumpa. Ini pun kebetulan masa aku balik kampung, babi dah tolak pokok ubi, habis terbalik pokok ubi tu. So mak aku suruh kami korek ubi kayu tu, buat ubi rebus. Sedap oiii... Untung jadi orang kampung kan, macam-macam benda rare hang boleh jumpa.




So far, banyak lagi la gambar dalam phone aku ni, nak delete, agak take time la sebab bukan sikit. Tapi memang nak kena delete jugak, semak phone aku weyyy....




Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post