• News

    07 August, 2022

    Jalan Jalan Cari Makan di PAKAR Manjung

    Harini kami satu family breakfast dekat PAKAR Manjung, tak jauh pun dari rumah aku. Awalnya aku ajak laki aku pi makan dekat area Pasir Panjang Laut tu, sebab situ view menarik, lepas makan boleh jalan-jalan tengok tokong buddha dekat area situ jugak. Tapi takpa lah, sekali sekala kena tukar angin jugak.



    Masa sampai dekat PAKAR (Pusat Komuniti dan Karavan), kereta dah penuh dah, maknanya ada orang yang lagi awal dari ktorang lah. Ingatkan ktorang yang awal pergi breakfast dekat situ.



    Selesa breakfast dekat sini, sebab tempat ada banyak tempat makan, ada kipas, sinki pun dekat, pilihan makanan dan minuman pun banyak. Ada yang jual buah, ada yang jual keropok lekor, Jelly Kelapa Lekir pun ada.



    Harini kami order roti telur goyang dan nasi lemak. Sambal nasi lemak tu, pedas oii. Hahahaha. Tapi ok lah, habis kami makan. Habis makan, kami jalan-jalan dekat kawasan pasar karat. Menarik jugak dekat situ, ada jual biskut-biskut jajan, anak pokok, cadar, ikan, sayur. Eh, menarik lah tempat ni, dah la dekat je dengan rumah aku.



    Emran makan roti telur goyang, Amna dengan Aimy makan nasi lemak sambal ayam, aku kongsi nasi lemak ayam goreng berempah dengan Aleeya. 





    Ni nasi lemak ayam berempah yang aku share dengan Aleeya.  Harga Rm7.50, aku mintak sambal sotong jugak.




    Roti telur goyang yang Emran punya. Struggle tengok anak teruna aku makan pakai sudu dan garfu, kesian dia. 




    Roti telur goyang yang laki aku order, ada extra sosej 2 batang. 




    Dah habis makan, jom lah jalan-jalan cuci mata dekat Pasar Karat. Cantik kasut bundle kanak-kanak dekat sini, sepasang RM30, 2 pasang RM50.





    Beli dragon fruit dan rock melon, sebekas RM5. Berbaloi-baloi, sebekas tu banyak, puas hati makan.





    Terbeli jugak kerepek pisang tanduk ni, 1 pek RM5.  


     

    Paw laki aku, beli 4 pasang kasut untuk anak-anak. Total RM100 untuk 4 pasang kasut. 



    Beli jajan dekat anak-anak. 1 pek ni RM2 je, aku beli 4 pek.



    Sesi memilih dan mencuba kasut. Takpe lah beli kasut bundle pun, bukan berdosa pun. Hahahaha..




    Pakcik yang jual kerepek pisang tanduk tu ada jual tapai jugak. Tapi aku tak beli pun, sebab dah banyak sangat ni kami beli. Gaji lambat lagi ni woiii.. hahahaha..



    So, setakat tu je lah cerita kami jalan-jalan cari makan dekat PAKAR Manjung. By the way, PAKAR Manjung ni terletak dekat sebelah pejabat tanah dan pejabat agama Manjung kalau tak salah aku. Yang nak cuba makan kat sini, pi lah serbu. 




    2 comments:

    Warisan Petani said...

    Selamat menjamu selera dan membeli belah

    Siti Noor Aminah said...

    Alhamdulillah, selesai membeli dan membayar. Kemudian, kena belahhh laju2, kalau tak lagi banyak duit habis kat situ 😂😂

    Total Pageviews

    My Followers