Penyewa rumah aku dah keluar dari rumah hujung bulan Julai haritu lepas beberapa bulan dia menyewa kat situ. Katanya dapat kerja di Ipoh, so aku ok je lah. Lepas dia dah settle bil letrik dan bil air semua, aku refund balik duit dia RM250 tu. Dan kebetulan jugak, ada yang message aku cakap nak masuk awal bulan Ogos, jadi aku pun Ok je lah, ringan sikit beban aku bulan-bulan kalau ada penyewa baru.
Tapi bila aku contact balik bakal penyewa tu, dia bagitau kata yang dia dah dapat rumah lain. So, aku pun ok je lah, bukan rezeki aku. Aku memang tak ambik deposit awal-awal, aku bukan buat business, nak untung kalau ada orang cancel booking, aku dapat compensation. Kalau betul-betul jadi duduk, baru aku akan ambik duit deposit tu. Jadi, rumah sewa aku tu sekarang memang tak ada penyewa lah sampai sekarang.
Dan kebetulan jugak, belakang dapur rumah tu semak macam hutan! Serius semak samun teruk. Aduhh… padahal baru je berapa bulan kami clearkan pokok-pokok belakang tu, cepat betul dia naik balik.
Ni rumah ke hutan? semak betul belakang dapur ni, boleh bela kambing belakang ni, cukup time boleh sembelih buat kenduri. Aku risau ular dengan binatang berbisa je. Pagar pun dah roboh. Haihhh…
Jadi, aku pun mintak lah kawan aku quote, berapa ye kalau aku nak clearkan belakang tu, lepas tu pasang simen dan pagar. Kawan aku ni mulanya macam nak reject je job ni, sebab suami dia busy sikit dengan project kat tempat lain, tapi disebabkan aku selalu tanya-tanya, dia pun ambik jugak lah kot job ni. Hahaha..
Asalnya memang dari awal aku renovate rumah sewa aku tu, aku memang nak suruh suami kawan aku yang handle, tapi masa tu suami dia tengah busy dengan project dekat tempat lain, so aku pun redha lah, proceed je lah dengan Pak Haji. Tapi tu lah, aku macam tak berapa puas hati dengan kerja orang-orang Pak Haji ni, frust aku. Takmau lah cerita bab Pak Haji ni, buat spoiled mood aku je. Hahahaha..
Jadi, alang-alang takde penyewa ni, biarlah aku betulkan sikit keadaan rumah ni. Biar selesa sikit orang nak tinggal kat sini. Aku pun ada lah plan nak tambah bilik dekat bawah, sebab rumah ni takde bilik dekat bawah, ada 2 bilik, tapi dua-dua bilik dekat tingkat atas.
One of the reason orang taknak sewa rumah ni pun sebab bawah memang tak ada bilik, susah bagi orang yang ada anak kecik, ada orang tua nak turun naik tangga.
Aku pun ada jugak terfikir nak buat bilik air dekat tingkat atas, so that kalau malam-malam nak ke bilik air, tak payah lah turun naik tangga. Tapi itu lah, kena ada banyak modal pulak. Masa first renovation haritu pun aku dah spend almost RM10 ribu, jadi aku dah kehabisan modal nak renovate lagi.
2 comments:
Orang sewa rumah ni kalau dapat yang baik oklah
Kadang2 dapat yang menyakitkan hati
Nak kutip sewa pun macam mintak sedekah
Itu lah, risau jugak sebenarnya. Tapi dah memang tujuan sy beli rumah ni utk disewakan, jadi harap2 dapat penyewa yg baik lah.
Post a Comment