• News

    15 October, 2022

    My Story: Tips Merancang Kehamilan

     Assalamualaikum semua. Straight to the point, aku nak share story aku pasal merancang kehamilan, atau dalam bahasa paling mudah, aku dah taknak pregnant tambah anak lagi. Sebelum tu biar aku share sikit pasal sejarah kehamilan aku.


    Aku kahwin tahun 2010, lepas kahwin beberapa bulan, terus pregnant kan Emran. Sekarang Emran dah 11 tahun. Emran baru je berapa bulan, lebih kurang 7 bulan macam tu lah, aku pregnant kan Amna pulak. Sekarang Amna dah 9 tahun. Tak lama lepas tu, aku pregnant kan Aimy pulak, sekarang dah 7 tahun. Tak lama lepas tu, aku pregnantkan Aleeya, sekarang ni dah 5 tahun. 



    Alhamdulillah, 4 dah anak aku. Syukur.



    Nampak kan gap anak-anak aku lahir, semua 2 tahun macam tu. Jadi masa lepas bersalin kan yang sulung, aku try lah merancang dengan makan pil, tapi aku ni bukan jenis yang disiplin sangat, sat aku makan, sat aku tak makan. Sat aku ingat, sat aku lupa. Jadinya, itu yang lekat pulak yang no. 2.



    Kemudian aku try pulak ambik suntikan depo, pergi klinik panel, bayar RM30 macam tu, untuk 3 bulan kalau tak salah aku. Dah cukup 3 bulan suntikan, lambat pulak pergi. Asyik lengah-lengah, sekali pregnant lagi. Hahahahha. Subur sangat ker aku ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


    Pung pang pung pang struggle besarkan anak-anak, pregnant pulak anak ke 4. Masa ni aku dah penat, kerja laki as a Navy, kena duty lah, kena belayar lah, aku decide lepas beranak anak no. 4 aku nak pakai implanon. Lantak lah habis duit pun, sebab aku betul-betul taknak pregnant dah. Cukup lah kami besarkan 4 anak kami ni.



    Jadi lepas bersalin kan Aleeya anak ke empat aku, aku terus ke LPPKN Manjung, pasang implanon. Masa ni suami aku belayar ke Korea, jadi bayangkan lah betapa struggle nya aku sorang-sorang nak jaga dan bela anak-anak ni. 



    Aku tak ingat la first time pasang implanon ni berapa kena bayar, aku rasa lebih kurang RM500 kot, tapi aku nekad lah nak pasang implanon sebab aku betul-betul nak rehatkan badan aku, tak nak pregnant lagi. Lantak lah keluar RM500 pun. 2 tahun lepas cukup 3 tahun aku pakai implanon, lepas tu aku fikir, nak continue pakai implanon ker tak ni, kang aku pregnant lagi.



    Fikir punya fikir, sebab taknak pregnant lagi, continue pakai implanon. Kena remove implanon yang lama, dan doktor akan masukkan yang baru. Insyaallah, tak sakit pun. Implanon tu sebesar kayu cungkil gigi tu, bukan besar macam kayu aiskrim tu haa…



    So far aku ok je pakai implanon ni, walaupun orang cakap mahal, kenapa tak rancang sendiri, kena tak guna kaedah IUD ker apa tah. Ikut pada diri sendiri, aku rasa aku mampu untuk pakai implanon, so aku pakai lah. Bukan aku berhutang dengan siapa-siapa pun sebab nak pakai implanon ni. 



    Kaedah rancang sendiri tu aku rasa not workable for me and husband, so aku selesa je pakai implanon ni walaupun period aku kadang-kadang ada, kadang-kadang sekejap, kadang-kadang lama. Begitu lah. Ada lah here and there punya issue, tapi badan tiap-tiap orang tak sama. Mungkin orang lain pakai, period dia normal, jadi tak boleh pukul rata.



    Jadi, tahun depan aku dah kena remove implanon aku ni. Well, aku rasa mungkin aku akan continue pakai implanon ni sebab:


    1. Aku memang jenis tak berdisiplin nak makan pil perancang hari-hari. Hahahaha. Bahaya! Kang aku pregnant anak ke 5 pulak. Adoiii.. cukup lah tu! Aku nak rehat, aku nak pergi jalan-jalan. Lagipun aku dengan suami PJJ sekarang ni, haishh cukup lah tu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


    2. Aku tak disiplin nak pergi cucuk depo lepas 3 bulan. Kesimpulannya, memang aku tak disiplin lah. Hahaha..


    3. Nak pakai IUD tu, urmm segan pulak sebab dia masukkan dekat bawah tu kan. Hahaha.. adoii. Time beranak normal tu, tak segan pulak ye ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


    Jadi, apa yang aku share kat sini based on experience aku sendiri lah, kalau ada yang salah bab medical tu, maaf lah ye. Tapi so far, aku ok lah pakai implanon ni, dapat la aku rehat dari asyik-asyik pregnant. Ni anak-anak dah besar sikit, takde dah yang minum susu formula, takde dah yang pakai pampers, anak yang paling kecik pun dah ke tadika, dah pandai makan suap sendiri. 



    Sejak suami aku pindah ke KL, aku pun dah berapa kali drive balik ke Kedah, sebelum ni tak berapa berani nak drive sendiri dengan anak-anak kecik, takut anak-anak buat perangai dalam kereta, dan aku tak boleh handle situasi chaos tu. 


    Itu je lah aku nak share pasal journey aku pasal kaedah merancang kehamilan ๐Ÿ˜‚ semoga cerita aku dapat memberi idea sikit pasal kaedah merancang kehamilan yang mungkin hangpa tengah confuse nak pilih yang mana satu, sebab aku tau, ramai yang rasa takut nak pakai implanon. 



    Cubalah consult dengan doktor dulu, ataupun nurse, ataupun orang yang lebih pakar. Aku faham struggle nak besarkan anak-anak, jadi cukup lah untuk mental & fizikal health aku, untuk aku besarkan anak-anak aku yang 4 ni je. Taknak dah tambah anak, nanti terpaksa berjaga malam pulak, lagipun aku dah nak cecah umur 40 tahun, tak berapa sesuai dah nak mengandung lagi. 



    Ok, tu saja nak share. Bye!


    Yang sulung, Emran dah 11 tahun. Lahir di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah.



    Yang no. 2, Amna dah 9 tahun lahir di Hospital Seri Manjung Perak. Alhamdulillah tahun ni dilantik jadi pengawas sekolah. 



    Yang no.3, Aimy lahir di Hospital Seri Manjung Perak. Dah 7 tahun si hitam manis mama ni. Sorang dia je rambut lurus, Amna dengan Aleeya rambut kerinting ๐Ÿ˜‚



    Yang ke 4 merangkap yang bongsu Insyaallah, dah 5 tahun. Yang ni ada bakat melukis, lain macam sikit bakat dia, sebab mama papa dia tak reti melukis langsung ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚







    1 comment:

    Sii Nurul said...

    Alhamdulillah.. Syukur dikurniakan anak ramai.. Sebenarnya sy faham juga tu lagi2 yg gap berapa tahun saja.. Mcm kami ada 8 org adik beradik ..

    Lelaki - 29
    Me - 27
    Lelaki - 22
    Lelaki - 20
    Perempuan - 16
    Perempuan - 14
    Perempuan - 12
    Lelaki - 8

    Dulu masa adik perempuan sy lahir sy baru tahun 5.. Masa nie dah start jaga adik.. mak pula buat kerja2 rumah.. Mmg kdg kesian kat mak tp nak buat mcm mana sy pun masi kecik.. tak dapat nak tolong sangat..Nak harap anak lelaki nie tak sama dgn anak perempuan hahaha

    Mujurlah kami adik-beradik tak nakal haha.. 4 org anak yg masi kecil lagi pastu nak jaga tanpa suami mmg payah..

    Suami sy pun jarang di rumah.. seminggu sekali ja balik.. Jadi mmg faham sgat lagi2 kalau berbulan2 tak balik huhu.. Ada anak lagi.. Mmg penat emosi.. Merancang tu perlu juga utk kesihatan ibu.. Ibu sihat keluarga pun happy gitu.. hehe

    Apapun take care kak.. Semoga dipermudahkan urusan semuanya

    Total Pageviews

    My Followers