Ok, Isnin haritu kami keluar breakfast dekat area Kg Dato’ Seri Kamarudin or lebih femes dengan nama KDSK, jalan ni dulu aku kerap lalu masa aku kerja dekat power plant, Manjung 4 Project. Dan aku tak tau pulak dekat area KDSK ni ada kedai jual mee wantan, mee kicap ni sebab aku kalau balik Ipoh memang wajib makan bihun kicap. Jadinya dekat Manjung ni aku belum jumpa lagi lah kedai jual bihun kicap / mee kicap. So bila tengok menu, excited lah sis. Hahahaha..
Tak sure lah aku kedai ni nama apa, tapi something like Wantan Mee Kicap Orie Kuno, kalau salah, harap dimaafkan. Anak aku frust roti canai tak ada, so dia makan lempeng. Kami order mee kari, mee kicap, mee dumpling dan chang kuetiaw (macam char kuetiaw) lah kot. Semua makanan licin kami balun. Paling jadi favourite kami, chang kuetiaw tu lah kot. Berebut-berebut kami makan.
Char kuetiaw udang, besar udang dia! Tapi aku dengar macam budak tu sebut chang kuetiaw, so aku tak sure lah, chang ker char 😂😂 |
Ni first menu yang sampai. Jadi kami pun makan piranha lah, berebut makan serupa setahun tak makan. Dari mak bapak ke anak, semua perangai tak semenggah. Hahaahaha…
Aimy order mee kari, tapi dia yang pulun makan char kuetiaw ni! Ni mama punya lahhhh… |
Mee dumplings |
Roti canai takde, so silakan makan lempeng |
Mee kari. Taugeh tu urmmm banyak betul |
Mee kicap & mee dumplings tu depa provide sekali dengan sup, aku rasa sup ni macam guna stock ikan bilis. So far anak-anak aku pulun makan walaupun a bit masin.
Habis-habis sesi makan-makan kami, terus cakap dekat laki aku nak pi Family Mart yang baru buka dekat bumi Manjung ni, dekat Taman Lumut Indah 2 kalau tak salah aku, alaaaa dekat dengan DIY Bukit Permata tu. Dengar-dengar ramai orang dah serbu, takkan kami nak jadi orang last yang serbu kot! Hahaha. Pagi-pagi pun dah ramai ye Family Mart ni, so grab 2, 3 barang je lag, almaklumlah aku saja nak memeriahkan suasana je, bila orang serbu, kita pun nak serbu 😂😂😂😂
Family Mart pertama di Manjung, yeahhh… |
Aku ambik sando sandwich 1, onigiri 2, dan sushi 1. Nak order aiskrim, katanya takde lagi kot. So cukup lah 3,4 barang ni, aku bukannya ada duit sangat ni. Gaji lambat lagi. Hahaha. Tapi itu lah, gedik jugak nak pegi. Nak memeriahkan majlis, apa salahnya. Hahahaa…
Sando samdwich ni lah kot yang kawan aku cakap sedap tu. Sedap ker idok kome weyyy… |
Lepas tu teringat pulak barang dapur yang banyak dah habis, jadi kami singgah lah dekat TF kecik, kami panggil TF Sofera. Beli milo, beli cheese, beli mushrooms sebab kami hantu mushrooms, beli itu ini pung pang pung, habislah duit aku dekat-dekat RM250. Haihhh.. awat banyak beno barang kami beli ni.
Shopping di TF Sofera. |
Happy Deepavali buat semua kawan-kawan mama saya |
Habis je shopping, dengan hati yang berat sebab duit dah habis beli barang-barang tadi, kami ke kedai buah dekat area Manjung Lama, entah laki aku nak cari barang apa tah, ternampak pulak air mangga dalam balang yang super menggoda tu. Haihh.. punah ranah diet aku.
Air mangga sedap sekali! |
Sampai kat rumah, aku pun golek-golek sekejap sebab dah letih sangat, sekali tertido 1 round. Bila terjaga, tengok-tengok laki aku tengah buat kerepek pisang. Gigihnya laki aku. Hahaha. Alkisahnya laki aku baru je ambik pisang nangka dekat kebun dia, so nak buat apa pisang nangka banyak-banyak, so jadilah kerepek pisang. Lagipun dalam rumah ni semua hantu kerepek.
Jadi, itu saja lah cerita aku, how we ‘celebrate’ cuti deepavali kami sekeluarga. Ingat nak balik Kedah, tapi nanti nak mengundi kena balik lagi, mana nak cekau duit tol, duit minyak oii kalau balik kampung kerap-kerap. Ok lah, itu saja cerita aku. Byeeee!
1 comment:
Nampak sedap2 menunya
Post a Comment