• News

    15 May, 2023

    Gaji Mama Berapa?

     Assalamualaikum.


    Lama tak update blog, sebab malas. Last update blog lebih kurang 27 March haritu, harini dah masuk 15 May. Hahahaha. Sejak puasa, dah habis puasa, masuk syawal dan syawal pun dah nak habis, memang malas gila nak update blog. Eh, bukan malas 100% tapi malas campur letih. 


    Kan aku wanita bekerjaya plus menjaga 4 orang anak seorang diri kerana suami bertugas di lain negeri. Hahaha. Nak kena highlight jugak ye pasal ni, kalau tak orang kata, apa yang letihnya, orang lain pun kerja dan jaga anak jugak.


    Well, itu masalah hang la kalau hang tak letih. Dah aku letih, nak buat macam mana. Hahahaa..


    Ok, abaikan cerita pasal letih dan malas ni. 😂


    Saja lah aku nak cerita conversation aku dengan Amna, anak kedua aku, umur 10 tahun


    Amna: gaji mama berapa?

    Aku: seribu lima ratus je

    Sambil aku buka MAE aku dan tunjuk baki akaun aku  tu. Rasanya dia percaya, Alhamdulillah, dia dah tak tanya banyak.




    Petangnya kami keluar, aku ajak pergi beli barang dapur sikit sebab stok makanan kat rumah dah habis, yelah dua hari cuti memang kami tak keluar ke mana-mana, duduk rumah, makan, tengok tv dan main game je. Hahaha…


    Amna: ada lagi ker duit mama? 

    Aku: habis tu, takkan tak payah beli makanan? 


    Terima kasih lah wahai anak sebab faham situasi mak hang ni, walaupun ye, aku tipu dia gaji aku berapa. Sejujurnya, aku malas nak bagitau anak-anak berapa gaji aku sebab budak-budak kalau bersembang, dah macam orang tua. Benda gaji ni private and confidential, buatnya depa pi cerita kat orang berapa gaji mak depa, nayaaaa.


    Walaupun gaji mak depa ni bukanlah banyak mana pun, tapi biarlah rahsia. Biarlah anak-anak percaya yang gaji aku seribu lima ratus je. 


    Teringat kisah lama, biras aku sibuk nak tau berapa gaji aku. Huhuhu.



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers