• News

    08 July, 2023

    Depression Is Real

    Baru-baru ni aku ada terbaca news yang penyanyi Hong Kong yang sangat popular zaman remaja aku dulu, meninggal sebab bunuh diri. Coco Lee dikatakan mengalami masalah depression yang akhirnya dia ambik keputusan untuk bunuh diri. Berita ni, honestly buat aku terfikir, tak semua orang mampu hadap segala macam ujian dan dugaan dalam hidup. 



    Based on apa yang aku baca, katanya Coco Lee ni ada masalah rumahtangga bilamana husband dia tu curang. Well, masalah rumahtangga ni of course akan affect diri kita, physically and mentally. Dikatakan jugak, Coco Lee ni gagal dalam 9 ujian IVF dia. Hurmm.. mesti Coco Lee sedih dan kecewa sebab usaha nak dapatkan anak tak berjaya.



    Dalam hidup aku sekarang ni pun, ada jugak kawan-kawan aku yang tengah berusaha untuk dapatkan anak, dan aku faham how stressful they are, duit habis, penat sebab kena ulang alik pergi klinik atau hospital for consultations dan treatment. Duit tu memang tak terkira lah banyaknya terpaksa keluar. Ye, ada yang berjaya, ada yang tak.



    Yang berjaya Alhamdulillah, yang tak berjaya, mestilah sedih. Jadi, terpulang pada kita nak hadap rasa kecewa tu macam mana. Ada orang yang mungkin boleh terima rasa sedih dan kecewa tu, ada orang mungkin langsung tak dapat nak terima. 



    Based on apa yang aku google, ada 4 jenis major depression, iaitu melancholia, psycotic and antenatal or posnatal. Seseorang yang di diagnosed dengan masalah depression ni ada tahap-tahap yang berbeza iaitu mild, moderate dan jugak severe depression. 



    Yang major type depression ni paling aku selalu dengar dah tentulah posnatal depression, iaitu meroyan. Masalah yang jadi dekat ibu-ibu lepas bersalin atau mungkin jugak ibu-ibu yang mengalami keguguran. Kadang-kadang, stress, tak cukup rehat, tak dapat sokongan dari suami pun boleh jadi meroyan ni. Jadi, orang terdekat especially suami, bagi la sokongan dan tolonglah isteri yang baru lepas bersalin atau keguguran tu.



    Bagi makanan yang sihat, vitamin ka, suruh dia rehat, tolong jaga anak kalau nampak isteri tu struggle, sebab anak kecil ni kadang-kadang ada jenis yang siang suka tidur, malam dia suka berjaga.. So kesian lah dekat mak yang tengah pantang ni, dah la sakit lepas bersalin pun belum baik, anak pulak asyik menangis. 



    Buat keluarga dan kawan-kawan, jadilah pendengar setia kepada insan-insan yang ada masalah depression ni. Bantu lah mereka, supaya depa ni dapat bangun dan terus berjuang. Semoga apa yang jadi disekeliling kita ni, dapat kita jadikan iktibar dan panduan, yang depression is real. 



    Depression ni bukan main-main, jangan gelakkan orang yang ada masalah depression ni. 



    Ok, sampai sini saja. First time tulis something yang bagi aku a bit serious,, sebab selalu aku tulis benda yang merapu-merapu je. Hahaahaa. Tapi tu lah, jujur cakap, dekat dalam kehidupan kita sekarang ni, sebenarnya memang ramai je orang yang ada masalah depression. Mungkin ada yang kita perasan, mungkin ada yang berjaya depa ‘sembunyi’ dari kita.



    Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua, InsyaAllah. 




    Inilah budaknya yang banyak menangis masa kecik-keecik dulu, orang kata dia ada sawan tangis. Malam je mesti menangis. Bagi susu, taknak. Ingatkan pampers penuh sebab kencing or berak, pun tak jugak. Makan masa jugak dah hilang sawan tangis dia tu.



    Memang betul-betul menguji kesabaran. Anak no. 2 memang  macam ni kot? Hahahaha. Walaupun sekarang dah umur 10 tahun, Ya Allah tuhan je yang tau perangai dia ni. Harap-harap besar nanti jadi anak yang baik ye Amna. 😂😂😂



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers