Pertembungan Sanusi Dan Khizri Di Dun Jeneri

Ok, malam ni kita tulis topik yang agak serius dan jarang-jarang sekali ditulis oleh aku, iaitu topik politik. Memandangkan tinggal lagi beberapa hari saja lagi nak mengundi, so baik lah kiranya aku tulis topik-topik yang serius macam ni. Walaupun tau ceteknya ilmu pasal politik.


Tapi bila tengok ilmu geng-geng penganalisis politik yang selalu dijemput kat Tv tu, memang tabik spring lah tengok depa. Macam banyak benda ada dalam kepala otak depa, dengan lancarnya depa berhujah. 


Memang tak layak nak menulis pasal politik ni, tapi disebabkan aku ni mengundi di Dun Jeneri, maka eloknya aku tulis serba sikit, prediction pasal pertembungan antara Sanusi dan Khizri nanti.


Ok, personally aku memang tak pernah jumpa face to face dengan dua-dua orang calon ni. Banyak baca pasal depa dua ni dekat facebook saja. Teringin jugak nak jumpa depan-depan, tapi apakan daya tak berpeluang.


Aku akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kg Kota Bukit, which is sekolah rendah aku dulu. Adik aku tercampak ke Sekolah Kebangsaan Kg Betong sebab dulu dia sekolah kat sini. Jadi aku untung lah, mengundi dekat tempat yang dekat dengan rumah.


Prediction aku, Sanusi akan menang Dun Jeneri nanti, dengan aura Panglima yang dia ada tu, aku yakin dia boleh menang. Sanusi tu bukan terkenal dekat Dun Jeneri ni saja, tapi seluruh Malaysia kenal dia. Jadi, untuk Khizri, all the best. Semoga nasib menyebelahi anda. Tapi apa-apa pun, ni prediction aku semata berdasarkan kemasyuran yang diterima oleh Sanusi sekarang.


Nak tulis pasal pencapaian Sanusi bawak masuk pelabur ke Kedah, yang tu hangpa google lah sendiri. Aku malas nak tulis yang tu sebab aku pun tak dak banyak knowledge ni. 


Melihat pada pertembungan PAS dan Barisan Nasional ni, teringat pulak dekat arwah ayah aku yang merupakan oraang kuat BN, betapa kami membesar mendengar ayah nyanyi lagu anak kecil main api, terbakar dirinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang. 


Sayu, betul-betul sayu bila teringat semangatnya Ayah tiap kali pilihanraya, memang langsung tak lekat dirumah. Hurmmm.. 8 tahun sudah Ayah pergi tinggalkan kami. Rindu dekat Ayah sangat-sangat. Mungkin kalau Ayah masih ada, kami mungkin tengah bertekak pasal aku nak sokong parti lawan, yang bertentangan dengan ayah. Hahahahaaha…


No matter siapa yang menang nanti, tolonglah berkhidnat dengan jujur kepada seluruh rakyat di Dun Jeneri, tolong lah sediakan keperluan basic contohnya sekarang ni line telefon tak berapa nak molek, haaa buat la bagi molek. Jalan raya pun, buat la bagi molek. Kalo boleh, boh lampu jalan, bagi cerah sikit. 


Kalau boleh, setelkan masalah air. Air penting kot, masak, nak mandi, nak mencuci, nak wuduk, jadi tolong selesaikan masalah air. 


Kalau boleh, wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dekat budak-budak yang malas berhijrah keluar, supaya depa ada pekerjaan, dapat carum kwsp, socso. Kerja kat kampung sangat limited, jadi tolong la take action pasal ni. 


Pasal bank takdak dekat Jeneri, tu memang betul. Tapi logik ka nak buat bank di Jeneri, aku rasa kalau setakat ATM untuk withdraw duit dah memadai. Tak perlu bank pun. Lagipun sekarang kan ada online banking. 


Ok, tu je la nak tulis sebab aku dah mengantuk. Bye.



Selalu balik kampung dapat makan sambal petai, adoii craving sungguh ni. Keluarga aku dengan sambal petai memang tak boleh dipisahkan. Hahahahaha…


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post