• News

    13 September, 2023

    Akhirnya, Dapat Derma Darah Balik

    Alhamdulillah, syukur yang teramat-amat akhirnya dapat jugak aku derma darah. Gap 6 bulan jugak aku tak derma since last aku derma darah bulan 3 haritu. Kalau ikutkan, aku dah missed sekali program derma darah, but it’s ok. Harap-harap selepas 3 bulan dari sekarang, aku dapat derma darah macam biasa.



    Lepas aku nampak kempen derma darah akan buat 2 hari dekat tempat kerja aku, aku rasa maybe this is the right time untuk aku derma darah, sebab aku memang nak jadi regular blood donor, cukup je 3 bulan, terus derma darah. Aku nak terus berbakti dan tolong insan-insan yang betul-betul memerlukan.



    Alkisahnya, semalam aku betul-betul terlupa pasal kempen derma darah ni, nasib baik la balik dari lunch dekat Johnny tu, aku ternampak van Tabung Darah Hospital Manjung. Ingatkan depa datang nak setup sehari awal, rupa-rupanya memang dah start dah pun kempen derma darah. Oh demmit, macam mana boleh terlupa ni. Tapi it’s ok, esok masih ada.



    Datang je tempat kerja harini, aku terus breakfast dan minun banyak air. Nak derma darah ni, seeloknya kita makan lah dulu. Jadi, aku pun makan lah siap-siap, kang risau pulak menggigil lepas derma darah nanti. Berjaya lah hasut 2 orang new blood donor untuk derma darah harini. Bangga gila dapat hasut orang buat benda baik. Hahahaha…. Walaupun tengok muka depa cuak jugak. 



    Alhamdulillah, HB (hemoglobin) aku 13.1, bacaan BP tu mula-mula tinggi, tapi doktor cakap, takpe kita check sekali lagi. Tarik nafas, hembus macam buat meditasi tu. Tapi masa tu memang heart rate aku laju gila, nervous sangat-sangat, risau tak boleh derma darah sebab BP tinggi, 2 kali aku ulang baca surah Al Fatihah. At last BP aku turun jadi 138. Doktor cakap, haaa ni normal. 


    Ya Allah, terima kasih. Bagi aku sekali lagi peluang untuk berbakti. Tau tak, mak aku bangga gila bila anak-anak mak aku 4 orang yang jadi blood donor. Hahahaha… sumpah mak aku cerita kat kawan-kawan mak aku, anak-anak perempuan dia yang 4 orang ni semua dok derma darah. Derma or sedekah duit tu biasa, derma darah tu something yang luar biasa. Betul tak?


    So, lepas dah derma darah, aku biasa lah, dah serupa vampire yang lama tak minum darah. Hahahaha. Segala air mineral, air kotak milo yang dapat dalam goodies tu habis aku telan. Biskut dapat 3 mini tu pun berjaya aku habiskan. Bekal nasi goreng aku pun habis. Hahahaha…


    Teringat kata-kata team tabung darah tadi, tahniah sebab berjaya mengekalkan berat. Aku terus reply, tahnuah ker takziah? Dia kata tahniah la, sebab selalunya orang akan naik berat badan. Kalau lah dia tau struggle nya aku nak turunkan berat ni, mesti dia gelakkan aku. Hahahaha..


    Tapi tak kisah lah berat naik ka apa, janji niat kita nak tolong orang. Betoi tak?



    Apa-apa pun, kita isi borang dulu. Cepat je isi borang sebab dah biasa isi sebelum-sebelum ni. For those yang baru nak derma mesti ambik masa sikit sebab nak baca all those info dalam borang ni.






    Hai, pemilik darah O positive hadir. Alhamdulillah, dah 12 kali derma darah. 






    Semua barang dalam goodies ni habis ye aku telan, lapar lain macam. Hahahaha..




    Dinner malam ni, ayam goreng kunyit dan buncis goreng. 2 kali tambah nasi sebab nak cover balik darah yang keluar 450ml tadi. Hahahahaha..


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers