• News

    14 September, 2023

    IPHONE 15 DAH KELUAR

    Akhirnya, Apple dah lancarkan model terbaru Iphone 15. Harga mampu tengok, bukan harga mampu milik untuk golongan M40 macam aku. Hahahaha. Eh aku golongan M40 or B40 eh? 


    Whatever lah golongan apa pun, tetap tak mampu nak beli Iphone 15. Hahahaha. Orang kata, kena jual buah pinggang sebelah baru mampu pakai Iphone. Eh takkan sampai macam gitu sekali? By the way, itu just perumpamaan. Tapi kisah disebaliknya, ada je orang tak berapa mampu nak pakai Iphone ni sampai sanggup berhutang sana sini. 


    Kalau jenis yang beli pakai duit sendiri, no hal lah. Tapi bayangkan yang tak kerja, hidup memang bergantung harap dengan mak ayah, dan mak ayah pulak bukan jenis yang senang, anak-anak pulak jenis tak sedar diri merengek-rengek mintak dibelikan benda mahal. 


    Entahlah, tepuk dada tanya selera. 


    Ikutkan telefon ni sebenarnya sama je lah function dia. Boleh guna untuk call, message, nak whatsapp, tengok facebook, update Instagram dan Twitter, apa lagi eh? Mostly function dia sama je lah. Tapi ada lah 2, 3 benda yang mungkin lebih dekat Iphone dan kurang dekat telefon jenis android.


    Kalau tanya aku, aku ada both type, Iphone ada, android ada. Walaupun Iphone aku jenis model lama, Iphone 10 atau Iphone X, aku rasa performance telefon ni agak baik. Dah 4 tahun lebih aku guna Iphone X ni, memang dah beratus kali jatuh, even pagi tadi pun terjatuh ke lantai sebab tangan aku licin. Pammmm… terus jatuh. 


    Ini la tempoh paling lama aku pakai telefon, 4 tahun lebih. Kalau tak sebelum ni mesti setahun, 2 tahun lebih aku mesti dah tukar. Seingat aku, aku pernah pakai telefon jenama Blackberry, Samsung J3, dan yang paling latest sebelum aku Iphone X ni aku guna telefon jenama Asus, model Zenfone apa benda tah. 


    Satu benda yang paling tak best pasal Iphone ni adalah kapasiti battery dia yang kecik kalau kita compare dengan android. Itu lah sebab nya aku beli telefon Xiaomi 11T dua tahun lepas sebab masa ni nak sangat ada telefon android, senang nak main game Mobile Legend dan tengok Netflix. Hahahahaaha…


    Tapi tu lah, gambar dan video yang aku tangkap guna Xiaomi 11T ni tak berapa memuaskan hati aku berbanding dengan hasil yang aku dapat melalui Iphone X. Dan lagi satu, kalau aku nak update blog, aku lagi prefer untuk update dekat Iphone X sebab aku rasa lagi smooth bila aku nak taip laju-laju, kalau pakai Xiaomi 11T asyik typo je. So melambatkan masa aku nak tulis, walaupun idea nak menulis ni tengah mencurah-curah. Hahahaha..



    All in all, aku memang tengah terfikir nak tukar telefon baru, tapi itu lah, masih tak habis fikir lagi ni, masih kekal dengan Iphone atau bertukar ke Android. Yang pentingnya, aku takkan beli Iphone 15 ni, sebab harga dia tu tetap aku tak mampu. Hahahaha…



    Gambar takde kena mengena. Hahaha. Selfie sikit sambil tunggu traffic light, gambar diambil menggunakan telefon Iphone X. 


    Tahu tak, aku ada create Tabung dekat apps Maybank2u untuk beli New Iphone, masalahnya duit dalam tu ada dalam RM1200, Iphone model apa je tu yang dapat aku beli dengan harga macam ni? Hahahaha… Lambertt lagi lah nampaknya nak tukar or nak upgrade Iphone. Nak beli telefon jenis android, urmm penat jugak dok fikir nak beli telefon Android yang mana satu. Tengok Samsung S23 tu memang berkenan sangat, tapi harga dia.. urmmmmm… memang tak mampu jugak. 


    Aishhh.. pakai je lag dulu telefon sekarang ni. Sebelum kenduri adik bulan 12 nanti kita tukar, amacam?!!!




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers