Nak Beli Telefon Baru Apa ni?

Aku memang dah simpan niat nak beli telefon baru. Bajet aku dalam RM3K, taknak spend lebih untuk beli telefon baru sebabnya nak pakai banyak duit untuk kenduri adik aku, dan jugak kenduri adik ipar aku hujung tahun nanti. Sebagai kakak dan kakak ipar yang concern hal adik-adik, jadi haruslah kita bantu serba sedikit. 



Ok, let me story pasal telefon yang aku guna sekarang ni. Aku pakai 2 telefon iaitu iphone X dan jugak Xiaomi 11T. Aku beli telefon Xiaomi 11T ni masa anak-anak rosakkan screen iphone X aku, sampai bertukar screen aku menjadi hijau, gara-gara di ketuk dengan hanger.



Ingatkan iphone X aku dah tak boleh diselamatkan, jadi aku pun ambik lah Xiaomi 11T tu, kononnya taknak pakai iphone lagi sebab bateri tak tahan lama berbanding telefon jenis android. Tapi lega rasanya, lepas tukar screen, iphone X masih boleh berfungsi, tapi aku rasa screen yang depa tukar ni bukan screen original. 



Jadi sekarang ni, aku nak beli telefon apa? Masih dengan Iphone atau bertukar ke android?



Honestly, sampai ke sekarang aku tak boleh nak decide which phone yang rasa terbaik antara semua phone yang aku tengah dok tengok samada dekat youtube atau tiktok.



No. 1, telefon Xiaomi 13T. Katanya, telefon Xiaomi 13T ni didatangkan dengan camera Leica, jadi gambar dan video mesti cantik. Dan of course, bateri mesti tahan lama berbanding iphone. Tapi aku tak berapa suka menaip guna telefon Xiaomi 11T ni, sebab asyik typo, kurang smooth bagi aku, atau mungkin jugak setting dekat keyboard tu salah. Jadi aku sangat malas nak update blog, tulis panjang-panjang dekat Xiaomi 11T ni. Even gambar dan video dari iphone X aku lebih cantik dan video lebih stabil kalau dibandingkan dengan Xiaomi 11T ni. Maka aku kurang yakin nak upgrade dari 11T ke 13T. Hurmmm…




No. 2 yang aku consider adalah telefon jenama Vivo, samada V29 atau X90. Katanya, gambar dan video dari 2 jenis model Vivo ni pun cantik, tapi jenis X adalah lebih baik. Tapi bila aku baca-baca yang telefon vivo ni banyak masalah dengan green line apatah, risau pulak. Hahaahaha… lagi pulak, screen vivo ni tak salah aku design curve, tapi kena jaga baik-baik, kalau jatuh mungkin possibility untuk rosak tu adalah tinggi. Berbanding iphone X aku ni, memang dah banyak kali jatuh. Alhamdulillah masih baik-baik aje.




Ke 3, aku fikir nak maintain je dengan jenama Iphone ni, tapi wajib ambik yang storang 256GB ke atas. Untuk someone yang suka ambik gambar dan video, sangat penting ye untuk aku ambik telefon yang storage besar, almaklum lah nak jadi youtuber berjaya, nak edit-edit video bagai. Hahahaha… tapi since bajet  aku setakat RM3 ribu je, memang tak dapat lah nakk ambik telefon yang paling latest. Jadi, aku pun study lah kelebihan-kelebihan telefon jenama Iphone yang memenuhi kehendak dan keperluan aku. Nak cari yang gambar dan video yang cantik, dan yang penting bateri tahan lama. Selepas diamati, aku rasa mungkin cukup kot kalau aku ambik Iphone 12 pro max yang 256GB je. 




Well, sampai sekarang aku masih tengok review youtubers dan tiktokers yang dok review antara 3 jenis telefon ni. Dan, sampai sekarang aku tak boleh nak decide, which phone yang aku nak beli. So far, masih bertahan dengan Iphone X yang bateri health dah cecah 71%. 



Gallery telefon penuh dengan gambar anak-anak dan segala  macam benda. Gambar ni Aleeya lukis, gambar Aleeya dan mama. Comel sangat.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post