• News

    15 October, 2023

    Terima Kasih Allah Diatas Peluang Ini

    Genap seminggu mak sakit, akhirnya semalam mak dah dapat balik rumah. Taktau berapa kali airmata aku jatuh bila teringat mak, bila tengok keadaan mak. Bayangkan on the way balik ke Hospital Sik dari Manjung ni, berapa kali aku menangis. Allah, takut sungguh aku kalau-kalau Allah ambik mak dari kami. Kehilangan ayah beberapa tahun lepas pun masih terasa.



    Asalnya mak muntah dan cirit, tapi bila mak sampai tercirit dan muntah atas tikar, terus bawak ke kecemasan. Tapi bila adik beradik aku share gambar mak aku atas wheelchair masa tu, otak aku terus cakap, mak aku macam strok ni. Terus aku call adik aku dekat Sri Iskandar, ajak dia balik tengok mak, walaupun esoknya ahad, nak drive balik ke Manjung ni mesti penat. Dengan nak kerja, anak-anak nak sekolah, kami nekad nak balik tengok mak. 



    Subuh esoknya, bila kakak aku whatsapp bagitau mak strok, aku terus gerak balik ke kampung dengan anak-anak, drive sendiri walaupun plan asalnya nak balik sekali dengan adik aku. Risau dia nak stay lama kat kampung, aku tak dapat nak stay lama-lama, anak-anak kena sekolah. Aku tak kisah kena tolak cuti tahunan atau kena tolak gaji, tapi anak-anak tak boleh ponteng banyak hari. Emran ada tusiyen SRAI hari-hari. 



    Dalam kereta, entah berapa kali aku menangis, memang tak terkira banyaknya. Terasa jauh pulak nak sampai ke Hospital Sik. Tak sabar nak tengok keadaan mak depan mata aku sendiri. 



    Dah sampai hospital, belum sampai waktu melawat, tapi dapat masuk sebab inform depa kata nak tukar penjaga, jadi dapat la kakak aku balik berehat. Nampak je keadaan mak aku masa tu, terus airmata ni mengalir macam air tenjun, ya Allah kesiannya mak aku. Keadaan kali ni paling teruk, aku tak pernah tengok mak sakit seteruk kali ni, walaupun sebelum ni pernah jugak mak masuk wad. 



    Tangan dan kaki kiri mak lembik, air liur meleleh dan tiap kali minum pun air mesti meleleh keluar. Mak asyik nak tidur je, langsung tak bercakap. Dah berapa jam aku kat situ baru mak mula buka mulut, mak tanya, kakla balik ka? Mat Azam (anak kakak aku) demam. Itu je mak aku cakap, then continue tidur. Mak cakap pelat, tapi aku masih dapat tangkap apa mak cakap. Mungkin sebelum ni dah terbiasa dengar ayah cakap. Tak sangka betul, mak strok sama macam ayah.



    Aku tak dapat stay dan bermalam dengan mak, aku dah rasa badan aku macam pening dan sakit kepala, risau BP aku naik. So malam tu adik aku stay dan bermalam dengan mak dekat wad. Esok paginya, aku ganti dia. Dapat lah aku spend time dengan mak sebelum aku balik. Berat hati nak balik bila tengok mak macam tu, ya Allah, sembuhkan mak. Aku masih nak ada mak, anak-anak aku masih nak ada tok. Cukuplah kami kehilangan ayah. Isnin tu kami semua ponteng, aku ponteng kerja, anak-anak aku ponteng sekolah. 



    Sebelum balik, mak di hantar ke Hospital Sg Petani untuk buat ct brain, dan Alhamdulillah tak ada pendarahan dekat kepala mak. Cuma perlu fisio dan semalam mak dah discharge dari wad. Teringat yang mak kena puasa sebelum buat ct brain tu, mak dahaga sangat, aku tak boleh nak bagi mak minum. Sampai ak cakap, kalau mak mati macam mana? Terus aku teriak dekat situ. Makkkk, jangan la cakap macam ni. Mak kena kuat.



    Adik aku dah beli kan mak wheelchair, dan tengah tunggu katil yang dia order tu sampai. Selesa lah sikit kalau guna katil macam hospital tu, sebab katil tu boleh adjust, kalau baring dekat katil biasa, lenguh sikit. Kesian adik aku, banyak yang dia dah spend untuk mak. Semoga Allah ganti kan pengorbanan hang ni dengan rezeki yang tak pernah putus-putus.



    Terima kasih semua yang selalu tanya khabar mak, aku tak sempat nak reply satu-satu, tapi memang aku baca semua whatsapp hangpa semua. Terima kasih doakan mak, semoga semangat mak kuat, dapat sihat macam dulu-dulu. Dapat pergi mengaji dengan kawan-kawan, dapat pergi tolong-tolong dekat rumah kenduri, dapat sembang dan gelak-gelak macam dulu balik.



    Terima kasih ya Allah diatas peluang ni, bagi kami peluang sekali lagi untuk terus jaga mak. Semoga hubungan kami adik beradik baik-baik je, tak bergaduh walaupun di uji macam ni. 



    Mak dah boleh balik rumah. Mesti mak happy gila dapat balik rumah, nanti kawan-kawan mak, adik beradik mesti mai melawat mak kat rumah. Mak kuat tau! Nanti kita jumpa ye.





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers