• News

    01 October, 2023

    Nak Jadi Youtubers Tersohor

    Tiba-tiba rasa rajin nak update blog, sebab tengok account adsense aku dah cecah USD 7 sejak dari awal-awal aku mendaftar. Hahahaha. Rasa-rasanya, 10 tahun pun aku tak mampu nak cash out or withdraw earnings aku ni. Tapi now aku tengah gigih build up channel youtube aku jugak. Currently dah ada 200 lebih subscribers, haishhh lagi sikit je lagi nak reach 1000 subcribers.



    Oiiii… tolong lah subcribe youtube channel aku. Hahahaaha.. tapi tu lah, share benda merapu, aku pun tak sure lah sapa yang nak subscribe youtube channel aku. Hahahaha. Tapi kalau hangpa sejenis yang suka benda yang merapu, takdak faedah, sila lah follow dan subscribe ya. Mana lah tau, dapat earn income macam ramai youtubers-youtubers tersohor di Malaysia ni.



    Bayangkan ye, youtube channel aku famous sampai dicalonkan masuk Anugerah Bintang Popular versi youtube. Hahahahhaa… mau menggelupur satu badan, pergi mana-mana semua orang kenal, eh awak ker youtubers famous tu? Hahahahaaha… sumpah masa tu kalau keluar rumah dah tak pakai selekeh dah, takde dah nak pakai tudung sarung macam sekarang ni. Hahahaha…


    Aku sebenarnya nak cerita pasal aktiviti 2 hari aku sepanjang cuti hujung minggu ni, tapi itulah, dah banyak melalut pasal youtube channel lah, jadi youtubers famous lah, rasa macam next time lah kot aku cerita pasal aktiviti-aktiviti aku sepanjang 2 hari cuti ni. Dari cerita breakfast dalam TLDM Lumut, which is our first time kot laki aku bawak aku dan anak-anak breakfast kat dalam tu.



    Asalnya kami macam susah nak decide, nak breakfast mana ni? Sini taknak, sana taknak, last-last kami masuk breakfast dalam base navy tu. Anak-anak teruja tengok ramaiiiii orang pakai uniform navy. Hahahaha. Bukan anak-anak aku je, aku sendiri pun excited jugak. Ye lah, asyik tengok laki aku je, dan selalunya nampak ramai abang-abang navy dekat jalan je la.



    Eh, aku sempat jugak pergi kedai spec, nak check la latest power mata aku berapa. Basically, rabun aku ni lebih kurang je la dengan power spec aku pakai sekarang ni tapi bila tanya pasal harga nak buat spec baru, terus rasa macam ahh next time je lah buat spec baru, pakai je lah spec sekarang ni. Niat dihati nak buat lasik, tapi tu lah, belum ada keberanian.



    Macam best je kan kalau tak rabun dan tak payah asyik tukar-tukar spec, tapi sumpah lah aku tak berani nak buat lasik tu. Tengok macam tak sakit, tapi ishhh aku tak berani. Hahahaha… tunggu lah nanti, kot-kot lepas laki aku pencen nanti, aku terasa nak buat lasik jugak. Sebab masa tu laki aku ada, boleh la dia tengok-tengok kan anak, while aku rehat lepas buat lasik tu. Katanya, 3, 4 hari jugak nak baik lepas buat lasik. 



    Ishh.. tak dapat nak tulis banyak-banyak, si Aleeya ni ajak bersembang pulak. Padahal mama dia tengah fokus nak update blog ni. Dia taktau kot yang mama dia ni bloggers sendu, so kasi chance lah mama nak update blog mama yang tak berapa ada banyak views ni. 



    Ohhh cakap pasal Aleeya, Alhamdulillah dia dapat masuk sekolah kebangsaan, walaupun tak dapat sekolah yang aku nak, tapi disebabkan pengasuh ada ambik anak jiran yang kebetulan sama sekolah dengan sekolah Aleeya dapat tu, jadi aku dah rasa lega dah. By the way, tiga anak aku yang atas-atas ni tak sekolah kebangsaan, kami daftar depa masuk sekolah agama yang syllabus dia sama je dengan syllabus sekolah kebangsaan, cumanya sekolah depa ni include dekat subjek addiniah yang belajar dekat sekolah agama. 



    Urmm nanti lah aku cerita lagi, si Aleeya ni ajak bersembang lagi.




    Mama depa jenis suka ambik gambar, simpan sebagai kenangan. Nanti anak-anak dah besar, boleh tengok balik gambar depa ni. Masa ni singgah DIY nak cari tali, Amna cakap masa perjumpaaan TKRS nanti kena bawa tali.




    Inilah power spec aku sekarang, bila orang kedai spec tu tekan-tekan calculator dan bagitau harga spec baru lebih dari 300 ringgit, terus rasa sayang duit. Haahahahaha..




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers