• News

    04 June, 2024

    Ulam Pisang Emas Putik dan Sambal Petai Bersantan

    Assalamualaikum wbt.



    Dah lama tak update blog, tapi lepas dapat email nak kena renew domain, baru lah terhegeh-hegeh nak update. Iyelah, beli domain berpuluh-puluh ringgit setahun, tapi haram tak update, nak buat apa. Langsung tak mendatangkan hasil, buat rugi je! Hahahaha… Jadinya harini gigih lah jugak aku update blog aku yang dah keluar sawang labah-labah ibarat rumah kosong yang tak berpenghuni. Ngeh ngeh ngeh.



    Tapi nak cerita pasal apa ye, sebab storage telefon aku ni sebenarnya memang dah penuh, memang tunggu untuk diupdate je dekat mana-mana account media sosial aku, tapi itulah masalah aku, malas! Jangankan kata dekat blog, dekat tiktok pun aku tak update, inikan pulak youtube channel aku 😂 semuanya aku malas nak update. Dalam hati bukan main berangan nak jadi blogger sejati, takpun jadi youtuber berjaya. Haihhh.. nampak gayanya sampai ke sudah lah aku tetap dengan kerja hakiki aku sebagai minah kilang. Hahahaha…






    Perkenalkan ulam terbaik kegemaran aku, pisang emas muda. Urmmm.. macam tak kena je nama dia. Pisang emas muda ke pisang emas putik eh? Tak kisah la, yang penting dua-dua pun sedap. Kalau nampak je pisang emas muda ni, confirm aku akan ambik dua tiga bijik, buang kulit dia dan makan dengan sambal belacan. Rasa kelat-kelat pisang emas muda ni, combine pulak dengan pedas sambal belacan, mixed pulak dengan ikan kembung goreng, fuhhhh… sedappppp!!! Sila lah cuba, aku tak tipu. Thank me later ya.








    Perkenalkan makanan kegemaran seluruh makhluk dalam rumah aku, which is sambal petai. Tapi version kami a bit rare, sebab sambal petai kami ada santan, yang mana kulit petai ni kami kikis dulu, lepas tu rebus. Kami tak makan isi petai je, tapi makan sekali dengan kulit petai. Tapi bila hang letak santan sekali dalam sambal ni, so takde la rasa pahit kulit petai tu. Pleaseeee.. cubalah! Memang sedap! Memang ini la cara mak aku masak sambal petai dan seterusnya kami pun tetap meneruskan legasi masak sambal petai santan macam ni.








    Seterusnya, perkenalkan sarapan pagi aku pagi tadi. Singgah kedai Mak Anjang je la beli sarapan, tapi pagi ni ramai pulak ye. Nak ambik lauk pun tak senang sebab ramai sangat pulak orang tengah ambik-ambik lauk. Well, aku macam biasa la, akan ambik nasi putih instead of ambik nasi lemak. Sebab aku tak berapa gemar makan nasi lemak dan nasi berwarna yang lain contohnya nasi minyak, nasi hujan panas, nasi daging, nasi tomato. So far yang aku boleh makan pun nasi ayam. Hahahaha..






    Gambar seterusnya adalah lunch aku harini, macam biasalah tapau dekat kantin je. Nasi sikit, ikan seekor masak tiga rasa. Well, taktau la ikan tu nama apa, macam ikan kerisi pun ada. Lepas tu aku add on cheesy apa benda tah 2 ketul. Nasi berlauk macam ni kalau tak salah aku harga RM7.40, lepas tu aku ambik roti sardin satu piece, so total lunch aku harini RM8.60. Ok lah tu, daripada nak keluar pi tapau dekat luar, nak start enjin kereta pun malas. 



    Ok, tu je lah nak cerita. InsyaAllah esok akan ada cerita baru menyusul sebab gigih nak update blog. Doakan lah aku jadi rajin update blog dan semoga aku boleh cashout Adsense aku ni. Hahahaha. Harapan yang mungkin takkan tercapai sebab aku sendiri malas nak update blog. Hahahaha..





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers