Berbaloi Tak Renew Domain Dot Com?

Assalamualaikum wbt.


Dah lama aku tak update blog, dan main reason dia sebab aku malas. Padahal berulang kali aku cakap, aku nak update blog aku selalu, tapi itu lah, virus malas tu sangat kuat dan menebal dalam diri ku ini. Sudahnya, view rendah, macam tak berbaloi je ada domain, baik maintain pakai blogspot je.



Since berapa minggu lepas aku dah dapat email notification daei NetKL yang domain aku dah nak expired. Renewal fee untuk setahun RM60, urmmmm berbaloi ke ni nak renew domain, sedangkan blog sendu sebab malas nak update blog, macam tak dapat apa-apa manfaat pulak dari blog aku ni, sedangkan puncanya dari aku yang malas nak update blog. Hahahaha….



Tapi tu lah, aku renew lah jugak domain blog aku ni, manalah tahu lepas belanjakan RM60 untuk renew domain ni, aku jadi bersemangat nak update blog selalu. Hahahaha… walaupun income dekat adsense tu tetaplah dekat USD8 something, entah bila tahun boleh withdraw tu, entahlah labu.



Bukan blog je sendu, youtube channel pun sendu jugak!



Semualah sendu! 



Hahahahaha… apalah nasib. At least ada side income dari blog ke, dari youtube ke, semangatlah sikit nak jadi content creator. Hahahaha. Takpe lah, kita cuba lah ye lagi setahun ni untuk grow blog sitinaminah02.com ni, tengok sampai level mana kita mampu untuk grow dan grow. Kalau tak mampu nak grow dah, better kita stop je la. Kenapa nak spend RM60 setahun for something yang kita tak dapat apa-apa return kan?



Baik la kita pergi makan nasik ayam ke, nasik ayam gepuk ke, kenyang jugak perut kita ni. Hahahaha..



Semoga Julai 2024 ni aku makin rajin update blog. Padahal dalam phone gallery aku ni kan, melambak gambar-gambar yang aku kena clearkan sebab storage dah penuh, so aku terfikir, letaklah dalam blog, tua-tua nanti boleh tengok balik. Itupun kalau wujud lagi blog aku ni nanti. Hahahaha.. 




Owner blog bersama anak ketiga, Aimy baru lepas menyelam baju dan seluar bundle 😂 kita ni layan baju bundle je, bukan berdosa pun pakai baju bundle, kain pun cantik, yang penting murah. 



Owner blog yang sengaja melentokkan kepala dan beraksi manja.. hahaha.. baru balik kerja sebenarnya, dah penat, dah tak larat nak kerja dah, tapi apakan daya, hutang keliling pinggang 😂 bila la nak dapat cabutan bertuah menang 10 juta ni, aku nak resign woiii




Ok, itu sahaja buat kali ini.  Semoga kita berjumpa lagi di posting yang akan datang. 

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post