Lunch Di Yiho Sitiawan Dan Dinner Yang Simple

 Sedih! 


Semalam punya views 52 je! Hahahaha. Bukan main blog ada domain dot com, tapi views sendu. Macam tak berbaloi pulak aku renew domain dot com ni setiap tahun kalau macam ni je views dia. Hahahaha. Tak patut salahkan domain dot com ni kalau sebenarnya aku sendiri yang dari punca views jadi sendu. Hahahaha…


Aku tengah lunch break sebenarnya, kawan-kawan office ajak lunch di Yiho Sitiawan, sempena meraikan kawan lama kami yang datang ke factory, nanti dia dah nak balik HQ balik, so jom lah lepak makan bersama-sama. Aku order Signature Sourdough, sebab taknak makan nasik, pagi tadi aku dah melantak nasik dengan sambal tempe dan ayam goreng. Jadinya lunch aku nak makan simple-simple je. 


Tengok gambar macam simple je makanan tu, iyela ada scramble egg, ada sosej kecik, ada red beans, tapi bila dah makan, dah kenyang, terus mengantuk teruk! Sepanjang perjalanan balik tu 3, 4 kali jugak lab aku menguap. Hahahaha.. lambat lagi nak balik kerja ni, jenuh tahan mengantuk!



Perkenalkan Signature Sourdough from Cafe Yiho Sitiawan. Harga sepinggan ni around RM18 macam tu. Jenuh jugak nak habiskan 😂



Leganya harini dah hari jumaat, sebab penatnya otak hari-hari banyak issue dekat tempat kerja, memang looking forward nak jumpa hari Sabtu, dan Ahad sebab nak rehatkan badan dan otak. Penatlah otak ni kena perah hari-hari, hahahaha padahal bukannya 24 jam kerja pun. Buat teruk! Tapi memang teruk pun. Pernah tak dengar orang cakap, kerja pakai otak tu lagi penat dari kerja yang pakai tenaga. Hahahaha…


Balik kerja petang tadi, aku terus lajak pergi tempat orang jual ikan, dengar-dengar dah pindah tempat baru. Dah lama aku tak beli ikan sejak-sejak suami aku dah balik duduk dengan aku dan anak-anak, sebab bab masak-masak for dinner memang suami aku la yang kena handle, sapa suruh aku kerja dia, dia pulak untung dapat pencen. Selain kerja masak-masak, hantar ambik anak sekolah pun kerja dia jugak. So, termasuk la bab beli ikan dan masak. 


Tapi entah lah, harini tiba-tiba rajin nak pi cari ikan, to be exact aku craving ikan siakap goreng je pun, tapi bila sampai tempat ikan tu, mostly ikan siakap harga belas-belas ringgit seekor. Hahaha.. mahal la for aku rakyat marhain ni! Aku budget seekor below RM10 tu dikira murah la kan, jadi cancel la nak ambik siakap, ambik je ikan cencaru 6 ekor, bila timbang baru je RM5. Siap mintak orang jual ikan tu siang sekali ikan cencaru tu, senang kerja. Buat apa nak susah-susah!


Aku singgah beli bayam dan cendawan jugak sebab nak makan benda simple je for dinner malam ni. Ikan cencaru aka ikan jaket goreng pair with sayur bayam tumis air bersama cendawan dan fish ball. Hahahahaa… licin weyyy kami makan. Tengok suami aku hirup kuah sayur yang aku masak tu, aku yakin yang dia suka masakan aku, cuma perangai taknak puji bini pandai masak. Hahahaha…



Dinner ikan cencaru goreng dan masak sayur bayam tumis bersama cendawan serta fish ball. Add on jugak ikan kedera masin. Sedappp weyyy!!



Alhamdulillah, selesai dinner, maka kami buat la hal masing-masing. Suami aku macam biasa, dia dalam latihan nak jadi pro gamer Mobile Legend untuk golongan veteran, dan aku pulak golek sana, golek sini sambil layan tiktok, lepas tu layan facebook pulak. 


Apa-apa pun esok kena bangun awal, nak kena pi aktiviti CSR company aku pulak. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!










Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post