Umur 40 Baru Nak Masuk Fun Run

Pagi isnin, 7 Oktober. 


Anak-anak tengah siap-siap ke sekolah, aku masih dok golek atas katil, update blog. Inilah ciri-ciri terpaling blogger, padahal aku tengah cuak, awat tiba-tiba earnings aku macam not connected with google Adsense. Haih! Macam-macam masalah la, itulah sapa suruh malas update blog. Ok, ok, kita rajin sikit lah update blog lepas ni.


Aku nak cerita pasal fun run 5km yang InsyaAllah aku nak join minggu depan, 12 Oktober. Tak ingat fun run 5km apa, tapi rasanya kat tempat lain pun ada fun run yang sama, sebab kawan aku cakap fun run 5km ni pun ada kat tempat dia di Putrajaya sana.


Dah umur 40 baru nak masuk first fun run, itu pun kita mampu 5km je dik! Lebih daripada 5km, mau tercabut kaki aku. Hahahaha. Iyelah, kitanya pun bukan jenis bersenam, lari apa pun tak, jogging jauh sekali, briskwalk yang betul-betul proper pun tak, setakat berjalan dari tempat duduk ke pantry, ke parking kereta, lepas tu dalam rumah. Memang langsung tak bersenam! 


Lepas tu, tiba-tiba nak masuk fun run! 


Lawak kan!


Tapi takpe, usia bukan penghalang untuk kita. Hahaha. Biar lambat, asalkan kita cuba. So, lepas masuk fun run 5km haritu, rasa excited pulak nak masuk next fun run 5km, dah siap register nama aku, laki aku dan anak aku yang umur atas 13 Tahun. Yang kecik-kecik ni tak payah register, tapi hari fun run tu, memang anak-anak yang kecik ni akan join lari jugak. Well, organizer pun ada sediakan medal jugak untuk yang berjaya habiskan larian, tapi limit la untuk berapa ratus runners je.


Doakan aku berjaya habiskan larian 5km ni, dan kalau boleh, doakan aku tak dapat tempat terakhir. Hahahaha. Bila aku share pasal aku nak masuk fun run ni kan, adik aku share pulak satu link dekat tiktok, orang bersorak untuk peserta larian yang dapat no.terakhir. Hahahaha.. well, aku boleh imagine diri aku kat tempat adik tu. Sebab bila aku training semalam pun, aku tengok yang badan besar dari aku pun boleh lari, yang aku ni berjalan je. Hahahahaha… aku ni, stamina pun kurang ni. 



Training sorang-sorang je sebab laki aku kayuh basikal dengan Emran. Laki aku dah kurang berlari sebab kaki dia injured, so dia lebih prefer naik basikal. So aku let Emran use my basikal lipat. Jauh depa kayuh, sampai ke Tok Pek Kong sana. Kalau bawak aku kayuh sampai ke sana, mau nya balik tu aku naik grab je. 




Berjaya berjalan sejauh 4.2 km je, dengan masa 51 minit macam tu. Nak berjalan lagi sebenarnya, tapi tengok tempat tu dah makin kurang orang, so kita baliklah rumah. Dah sampai rumah tengok laki dan aku pun baru sampai jugak, so kita pun kayuh la pulak pusing-pusing lorong dalam taman ni dalam 2km. 


Jujurnya, aku risau bab stamina je, takut hari fun run tu aku pancit. Hahahaa… semoga aku berjaya habiskan larian ni.


Wish me luck!


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post