• News

    22 January, 2010

    Resepi Daging Masak Black Pepper

    Salam utk semua.. hihi.. hari ni nak share info dengan semua, macam mana nak masak daging black pepper.. nyam nyam nyam.. baru sebut je nama menu ni, air liur rasa meleleh ja.. haha.. air liur aku lah, air liur hangpa aku taktau.. 


    Pagi ni Kak Yus mintak tolong aku carikan resipi nak buat kaya.. kaya yang sapu dekat roti tu, bukan kaya yang skim cepat kaya tu.. ekekeke.. sambil-sambil tu, aku belek lah resipi-resepi lain yg menarik perhatianku.. mana lah tau, boleh asah bakat memasak kt rumah sewa nanti.. haha.. 


    Ok, berbalik kepada resepi daging black peper kita.. bahan-bahan yang di perlukan (ni utk 2 orang makan ye) 


    - 200gram daging 
    - 2 sudu makan black pepper yang telah ditumbuk kasar
    - 3 sudu makan madu 
    -  2 sudu makan sos tiram 
    - 2 sudu makan susu cair 
    4 ulas bawang putih 
    - 1 biji bawang besar 
    - 1 inci halia garam, ajinomoto, gula dan minyak 


    Seterusnya, kita pergi ke cara untuk memasak daging black pepper


    Daging dihiris nipis ye adik kakak sekalian, bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat, black pepper ditumbuk kasar, bawang besar dibelah 4. 

    Perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama 1 jam...lagi lama lagi sedap. 

    Panaskan kuali, tumis halia & bawang putih sehingga kekuningan. 

    Masukkan daging. Tambah sedikit air dan tunggu hingga daging empuk dan masak.

    Masukkan bawang besar, tunggu hingga layu. Bawang besar boleh diganti dengan daun saderi or daun sup...and rasa dia pun akan lain sket...hiks! 

    Masukkan garam, ajinomoto, gula dan susu cair...kalau nak lebih creamy tambah susu cair lebih sikit. 

    Siap untuk dimakan. Masak tu masak jugak, periuk belanga dan semua perkakas yang dah guna, jangan lupa basuh pulak ye.. hehe.. 


    Ok lah, selamat mencuba.. 

    1 comment:

    sitinamianh said...

    aku dh try masak, tp guna ayam.. mmg menjadi.. kakaka.. mmg perasan gila nih.. tp ok,menjadi.. x caya, tny lah org yg rasa.. haha..

    Total Pageviews

    My Followers