• News

    14 May, 2010

    Kisah Leha Dan Abang Jusoh

    "Leha, dok sini sat, Abg nak cakap sikit dengan Leha". 


    Sopan je tutur kata Jusoh pada isterinya. Leha lantas mengikut. Tidak ngok, tidak ngek. Macam lembu kena cucuk idong, terus ikut arahan suaminya. 


     "Kenapa Bang?". 


    Tanya Leha manja sambil melentokkan kepala ke bahu Jusoh. Jusoh diam. Mencari-cari ayat yang sesuai untuk di ucap. 

    "Abg rasa, Abg nak Leha pakai tudung laa.."


    Jusoh mula berkata-kata. Leha diam. Berfikir. 


    "Abg, Leha memang nak pakai tudung. Tapi, Leha belum bersedia lagi bang. Nanti lepas kita pi haji lagi 20 tahun, Leha pakai lah". 


    Leha cuba pujuk suaminya. Sesungguhnya, dia belum betul-betul bersedia nak pakai tudung. Leha rangkul pinggang Jusoh, kunun-kunun nak pujuk Jusoh. 


    "Leha, Abg nak Leha jadi isteri solehah. Tutup aurat. Kecantikan Leha hanya untuk Abang. Bukan untuk tatapan orang lain. Boleh Leha buat semua ni untuk Abg??". 


    Kata-kata Jusoh yang lembut betul-betul menikam kalbu Leha. Bahagianya Leha dikurniakan suami yang soleh macam Jusoh. 


    "Okie dokie Abang.. Leha akan buat apa yang Abang suruh. Tapi untuk permulaan ni, boleh tak kalau Leha nak pakai tudung macam Dato' Siti. Boleh tak bang?". 


    Leha merayu, harap-harap Jusoh perkenankan permintaan Leha. 


    "Okie dokie jugak. Abang on je, janji Leha pakai tudung". 


    Keesokkan paginya, waktu Leha tengah prepare breakfast sebelum ke tempat kerja. Jusoh menjerit terkejut.


    "Hadoi Leha.. Trend mana pulak yang pi letak tudung saji atas pala ni????". 


    "Laa... Semalam waktu Leha mintak kebenaran abang nak pakai tudung macam Dato' Siti, abang cakap okie dokie. Harini Abang jerit dekat Leha pulak.. Sampai hati abg..". 


    Leha sedih, bergenang airmata Leha. Tak pernah Jusoh naikkan suara sejak depa kawin.


    "Ishh Leha. Agak-agak lah, abang tak pernah pun nampak Dato' Siti pakai tudung macam ni. Abg mintak maaf ok..". 


    Jusoh cuba pujuk Leha, kang merajuk, susah pulak nak pujuk. Mau Leha mintak TV flat skrin, rabak poket Jusoh. 


    "Abg tengok majalah mangga ni kalau abg tak percaya cakap Leha". Leha terus menangis.



    (sorry ye Tok Ti guna gambar Tok Ti. Cerita ini hanya lah rekaan semata-mata)






    3 comments:

    Ririn said...

    tak prnh nmpk pkl kakak ampa pkai tudung saji tu, 1st time tgk.. hehehe..

    Ririn said...

    sorry, typing error.. bkn 'pkl' tp 'plk'.. hoho..

    sitinaminah02 said...

    typing error, tolak 5 markah..

    bukan kakak lah, madu.. heh!

    Total Pageviews

    My Followers