• News

    13 May, 2010

    Misteri Kehilangan Mak Timah

    Dah lama Leha tak check facebook. Lama sangat. 


    Sejak Leha kahwin dengan Abang Jusoh, Leha dah tak berapa layan facebook dah. Lagipun Leha takut Abang Jusoh marah, kata Leha gedik layan jantan lain. 


    Leha setia dengan Abang Jusoh tau. Kadang-kadang Leha sedih jugak bila Abang Jusoh tuduh Leha macam tu.. Huhu.. 


    Pagi tu dekat office, Leha usya kiri, Leha usya kanan. Leha curi-curi buka facebook. Company Leha keja ni hampeh sikit, tak bagi staff buka facebook time keja. 


    Tapi Leha dah gatal jari sangat-sangat ni, pulak tu, hari tu Siah SMS Leha, suruh Leha tengok gambar Siah pi honeymoon di Langkawi. Saja nak bagi Leha jelessss... Tak padan kahwin dengan laki tua..


     Menyampah... 


     Baru Leha nak taip kata laluan facebook, tiba-tiba Leha nampak kelibat Timah Fatimah. Muka Timah Fatimah nampak cuak semacam je.


    Dah berapa kali Leha nampak dia lalu lalang kat tempat Leha. Pehal pulak dengan budak ni, bisik hati kecil Leha. "Hoiii.. apa kes ni pagi2 lagi muka macam orang sembelit je?". "Mak aku hilang..". 


    Masih nampak kecuakkan kat muka Timah Fatimah. 


     "Hah???? Serious??? Bila hilang???? 


    Dah buat report belum????". 


    Bertubi-tubi soalan Leha, dah macam gaya Abby Abadi dalam drama Gerak Khas. 


    Timah Fatimah pernah jugak cerita dekat Leha, mak dia meroyan lepas beranak kat adik Timah Fatimah yang bongsu dulu. 


    Ni dah kes serious ni.... 


     "Pagi tadi hilang, dah cari merata, tapi tak jumpa". 


    Kesian Leha tengok muka Timah Fatimah, memang simpati dengan nasib dia. Dah la orang susah, sekarang mak hilang lak. 


    Lepas tu Leha nampak Timah Fatimah blah dari tempat Leha. Mungkin nak pi balai buat report kot. Leha tak jadi nak meneruskan hasrat untuk buka facebook.


    Risau dengan keadaaan Timah Fatimah. Selang 10 minit lepas tu, Timah Fatimah datang tempat Leha sambil senyum-senyum.


     "Alhamdulillah, mak aku dah jmpa". Ceria je wajah Timah Fatimah. Leha pun tumpang lega. 

     "Alhamdulillah. Dah jumpa pun. Jumpa kat mana?". Saja Leha tanya, sebab rasa bersyukur jugak, mak Timah Fatimah dah selamat.


    "Jumpa dekat pantry. Mat Indon tu pinjam mak aku buat bancuh milo. Celaka betul". 


     Leha rasa nak karate je tengkuk Timah Fatimah.


     Bodoh, buat saspen orang je. "Timah, mug lah..!!! Mug...!!! Bukan mak... " Jerit Leha sambil gigit keyboard komputer.

    2 comments:

    Firol said...

    pasni pangggil ibu lah tak nak keliru hehehehhe

    sitinaminah02 said...

    firol,

    kang mak cakap buang tebiat lak anak dia ni,tak penah2 pn pggil ibu.nge nge nge.

    Total Pageviews

    My Followers