• News

    27 September, 2010

    ENTRI LAMA - BLUES SEORANG JAGOAN # 1

    Ni entri lama gua.
    Malas pulak gua nak periksa, bila gua publish.



    Cerita ni patutnya ada sambungan, tapi pasal gua malas, sampai ke hari ni tak pernah pulak gua sambung.
    Pagi ni, (isnin 27 September), gua perasan ada 2 komen dari anon pasal entri lama gua.
    Kembang kuncup jugak lubang idong gua bila ada yang memuji. Haha.
    Sumpah, gua pantang di puji. Keh3x.




    Komen anon:


    1) Great writing, been waiting for something like that?? - yang ni gua tak faham apa jadah maksud anon.



    2) I'm glad you said that? - yang ni pun gua tak faham jugak.



    3) Possibly the most influential read I have read this week? -Kind Regards, Kelvin - yang ni gua faham. Thanks Kelvin. Appreciate your comment. ;p



    4) Great writing! Maybe you could do a follow up on this topic =D Warm regards, Damion - yang ni gua faham. Hehe. Thanks Damion.



    BLUES SEORANG JAGOAN # 1



    Mail berjalan perlahan menuju ke motosikal buruknya. Syahdu. Motor buruk tu dah tak ada raga. Signal kanan kiri pun dah rosak. Kalau nak masuk simpang, terpaksa la Mail angkat tangan macam budak-budak nak ambik test JPJ. Span tempat duduk tu pun dah koyak rabak.



    Bila hujan, habis air meresap ke dalam. Busuk, tapi Mail buat-buat slumber. Mail pura-pura span motor tu bau macam Kenzo Flower. Mail pernah bau sekali, waktu tu, Mail ke pasar malam. Bawak mak beli barang dapur. Ada sorang brader suruh Mail testing-testing 1,2, 3. Hmmm... Wangi. Nak beli Febreeze, Mail tak mampu. Gasak la, bukan ada awek nak tumpang pun. Penah jugak Mail pasang angan-angan, nak bawak Fasah Sandha ronda-ronda keliling kampung dengan motor.



    Mail konfem, mesti ramai yang cucuk bijik mata dengan garpu sebab tak tahan tengok aksi Fasah Sandha peluk pinggang Mail. Mail senyum-senyum. Itu sudah lebih. Mail tatap motor buruk kepunyaan arwah ayahnya.



    Sebelum Mail pakai motor ni, terlebih dulu abang Mail yang pakai. Sekarang, abang Mail pergi jauh. Tinggal dalam pintu besi jarang-jarang, pakai uniform hitam putih berbelang-belang, sebijik macam dalam tv.



    Dalam hati berkira-kira mahu tukar pakai Honda EX5. Tapi, dengan kebun sekangkang siput babi tu, mana la Mail mampu bermimpi nak pakai motor baru hatta motor second hand pun. Mungkin dengan sifat berjimat cermat yang Mail amalkan sejak dalam perut ibu, dapat jugak Mail tukar motor baru. Insyaallah.
     
     


    ps: Tang great writing tu gua senyum jugak sampai telinga. 

    18 comments:

    Days said...

    anon amek berat dgn lu der.hehehe.weyh honda ex 5 byk kenangan ngn gua..klmj..huuu

    kata kila said...

    fasah sandah.ekekekeke.lawak seyh nama tu

    gadisBunga™ said...

    ape2 pun, tetap kaki bangku bila naik motor. huuuu~

    mira_nas said...

    giler syahdu... kesian ooo... sob3

    ahmad humairi said...

    salam,

    ko nekla ngan mail moto dia tu...sian dia...cam fasha sandal gak..hehe..

    Mario said...

    sian abang mail...

    Anonymous said...

    gud writing :) tp citer tergantung2..ape kabar abg mail lepas tu???

    Aleen Aiden said...

    aku senyum sinis bley?hak3 :P

    Siti Noor Aminah said...

    days,


    rajin plak anon pegi cari entri lama gua tu. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    kila,

    haha. bongok kan nama tu. wahaha.

    Siti Noor Aminah said...

    GB,

    kaki bangku untuk motor kah? haha.

    Siti Noor Aminah said...

    amira,

    syahdu ek? biasa je lah, mail tu cool je

    Siti Noor Aminah said...

    ahmad humairi,

    haha. itu nama watak je yang sy reka. dalam khayalan, bukan realiti.

    Siti Noor Aminah said...

    mario,

    biasa lah, abang mail pesen cool punya orang. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    MDT,

    malas nak sambung, itu pasal tergantung. haha.

    aik, cam pantun plak. keh3x

    Siti Noor Aminah said...

    aleen,

    boleh, nak senyum kambing pun boleh akak gigi kuning. haha.

    Relevan said...

    Lu punya tulisan ada bagus..itu pasai itu orang komen baik..

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    mana ada bagus, cam karangan budak nak amek UPSR jugak. keh3x.


    * terus kombang idong bila di puji. hahah.

    Total Pageviews

    My Followers