Ini kisah benar yang tidak disiarkan dalam slot drama Kisah Benar di TV3. Alkisahnya, rumah mak bapak aku kat kampung adalah sejenis rumah dulu-dulu yang dibawahnya sudah diubahsuai menjadi rumah batu tetapi di atasnya masih mengekalkan ciri-ciri lama iaitu kayu. Standard lah, rumah kampung memang banyak rupa macam ni.
Tinggal kat kampung, malam-malam kenderaan memang jarang lalu lalang. Jadi, kalau dah lewat sangat, sunyi betul-betul menyelubungi malam. Rumah kayu di atas biasanya akan mengeluarkan bunyi seperti dipijak orang apabila cuaca agak sejuk. Ini kata orang tua-tua. Bila tidur di rumah atas, segala mak nenek bunyi dari hujung kampung boleh kita dengar. Tak syak lagi, suara hanjing berteriak di tengah malam sangat menyeramkan.
Bersedia untuk cerita yang lebih menyeramkan.
Aku suka tidur di rumah atas sebab cuaca sangat sejuk, seronok berbalut dalam selimut. Sangat syok orang Kedah kata. Satu malam, aku terjaga dari tidur. Terdengar bunyi orang mengerang dan mengeluh. Serius sangat kuat. Sampai ke pagi tak boleh tidur. Padan muka. Nak sangat tidur kat atas. Lepas di buat siasatan pada siangnya, aku mendapati suara tersebut datangnya dari seorang pakcik yang tengah sakit dan nazak. Tak lama selepas tu, pakcik ni meninggal.
Cuba korang bayangkan, bunyi erangan pakcik tu sangat kuat padahal rumah pakcik tu agak jauh dari rumah aku. Esok tu, jangan harap aku nak tidur kat atas lagi. Bukan takut, tapi tak berani. Keh3x.
20 comments:
berani tu tido sorang2...nampak noo mmg sunyi kan..sampaikan dgr bunyi suara pakcik yg jauh tu...
ingatkan bunyi orang tengah bersenggama~haha~
takut dan tak berani tu samalah hehe ~
hek eleh, takde la takut no :p
sian pakcik, semoga dia aman di sana
hehehe...
kalo saya makan pil tdo..pastu tdo balik...pastu da xdengo pastu mengerang..heheh
Ait Tido sorang ? cik Abe mano? huhu
tula tido rumah papan memang boleh dengar bunyi kat lua ...huhu
kaseh - sgt sunyi okeh. malam yg sunyi dan menyeramkan
bujal - gataiiiiiiiiiiiii...
manje - eh, sama ka? haha
kog - x seram lgsg ek? haha.
ccc - siap telan pil tido tuuuuu.. haha..
mawar berduri - kah3x. masa ni blom kawin la kak
woi... tak bls comment aq yg dlu...
pnt chek... haha
wat la comment yg bleh approve,, jadi lh thu spa comment stiap kli kat dasboard... hehe
klu dah da takpa la...
uih~ seram jugak kalo cam tuh kan~ tegak bulu roma~
-saya sudah bayangkan bunyi tu datang dari sumber yang 'panas'
-sekali rupa rupanya, org tengah nazak daaaa....
:P
Gerun juga ko ni yerk..
nz - kah3x. nnti aku sms.
kak nafira - mana ada seram, biasa je.
daddy ziyyad ni 'kepala' macam bujal.....! gatai. haha
relevan - x gerun pun, biasa je.
apesal feel mandi kat kampung dgn feel mandi kat rumah sewa laen eyh?aku sker mandi kat kampong!sejuk.......hu3
ish seram jugak yer.. akak tak pernah dengar dan tak pernah ada pengalaman mcm ni sebelum ni..
sekarang nko mana boleh tido atas lagi.. kalau "apa2 hal".. ada bunyi2.. tak tenteram pula orang lain tido.. haha!
ASSALAMUALAIKUM..
aku leh bayangkan camne coz aku satu2nya blogger yang dah sampai rumah hang tau..tapi aku suke design umah hang..sangat unik dan senang aku mencarinya hehehehehee
nasib baik bunyi org sakit. ngeh3x~
hmmmm...
takut dengan tak berani lain ke ?
ahaha. macam rumah aku la wei. bilik atas tu dulu aku sorang ja berani tido. tapi bila makin tua ni, dah jadi makin tak berani. padahal sejak darjah dua memang aku sorang2 ja tido kat atas tu.
rumah dua tingkat la maksud GC eh?
saya tak berani nak tido sorang2 dkt rumah lama, ngerii!!!
ada gak pengalaman saya tido dirumah nenek, scary mary u!!!
Post a Comment