samseng mana tahu takut

* Dari 8.30 pagi, gua tulis title je. Entri tak siap-siap. Keh3x.

Laki gua kata, samseng mana tahu takut. Tapi, mustahil lah. Ketakutan tu mesti ada dalam diri setiap manusia kan, tak kira lah orang tu samseng, mafia, lemah lembut. Yang penting, mesti ada jugak perasaan takut.

Gua ni bukan takut pun dengan menatang tu, tapi gua tak suka. TAK SUKA. Bukan takut. Tak suka dan takut adalah sangat berbeza. Sila rujuk kamus dewan kalau tak faham.

Laki gua gelakkan gua, sebab bila gua tengok menatang tu, gua menjerit macam pondan kena kejar dengan orang majlis agama. Ahhh.. Lantak la nak gelak ka hapa, tapi sumpah, menatang tu memang sangat scary. Gua tak suka! Tak suka! Tak suka! Di ulang, tak suka ye, bukan takut.

Gua tak takut nak tido kat rumah tok gua yang seram dan macam berhantu tu. Gua tak takut kisah nak drive sorang-sorang tengah-tengah malam, hatta pagi-pagi buta, tapi kalau tengok menatang tu, sumpah geli.

Sumpah, gua memang tak suka ULAT. Sangat-sangat tak suka. Geli. Hodoh. Uwekkkk.




* Macam nak pengsan bila gua nampak ada ulat kat buah rambutan yang di beli di pasar malam itu. Jangankan tengok ulat real gua sudah seram satu macam, kalau tengok gambar ulat pun boleh buat gua rasa nak tendang je TV.

16 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. cuba makan ulat sagu...mana tau bleh hilang rasa geli tu..:P

    ReplyDelete
  2. ulat juga makhluk Allah.

    wah! tiba2 feeling forum perdana.

    ReplyDelete
  3. ahax...tak suke ulat gonggok...Euuuuuwwww ...tak suke, tak suke, tak suke !!! T___T

    ReplyDelete
  4. boleh kawan dengan my sister..hahahaha

    ReplyDelete
  5. x suka!! benci!! geli!! KATAK!! uweeekkkk!!!

    ReplyDelete
  6. bleh geng nih..hhehe sama2 takut ulat..geliiii... penah tgk ulat yg kuar ikut muka tak? seriusss mengerikann

    ReplyDelete
  7. ulat bulu suka x? lalalalala

    ReplyDelete
  8. Teringat dialog Pak Sudin dan Pak Aziz...
    'Ulat dah naik daun...apa nak buat dah nasib badan..!'

    Laki hang mesti senyum!

    ReplyDelete
  9. hances,aku ingt blog sape aku masuk nih,rase mcm feel die laen.rupanye blog ang.

    ReplyDelete
  10. ulat rambutan kadang2 gua tertelan gua bulih rilek2 je... tp jgn bg gua cicak!



    .

    ReplyDelete
  11. Ulat nangka dulu tu gua boleh telan apa..

    ReplyDelete
  12. euwwww!!!! aku x suker. baik ulatm baik cicak. semua aku geli.

    ReplyDelete
  13. tgk kat mjlh 3.. org makan ulat..geli la huhuhhhh

    ReplyDelete
  14. Bayangkan jer itu ulat bulu naik daun. hehehehehe

    ReplyDelete
  15. Sila bagi alamat rumah sebab aku banyak ulat ni nak letak kat umah hang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post