• News

    04 April, 2013

    KISAH BILIK MAYAT

    Terkejut aku masa Kak Faz (ofismate) datang bagitau yang suami Kak Ju (ofismate jugak) meninggal. Dia suruh aku siap2 sebab nak ajak aku ke hospital Manjung. Darah aku masa tu terus menyirap, terkejut, terkedu semua ada. Aku tengok muka kak faz, kak faz tengok muka aku. Macam tak percaya. Kami belum tau punca suami kak ju meninggal, so dok teka-teka, mungkin meninggal sebab accident. Kak ju pun tak pernah cerita yang suami dia sakit ka apa, just demam 2 minggu lepas.



    Sampai kat bilik mayat hospital manjung, aku tengok kak ju dah lembik. Menangis dan menangis. Kalau aku kat tempat dia pun, mesti aku pun menangis jugak. Aku nampak kak ju tengah bagi statement dekat polis. Aku tak sure sebab apa kena bagi statement, mungkin sebab arwah meninggal sebelum sempat sampai ke hospital. Arwah meninggal kat rumah, sebelum ambulans sampai.



    Tak lama lepas tu doktor perempuan muda sampai. Nak kena buat post-mortem. Kak ju dengan arwah bukan orang Perak, so memang takdak sedara mara kat sini. Mujur la ada jiran yang baik hati temankan kak ju. Sedih aku tengok kak ju. Meleleh2 ayaq mata, patutnya aku sabaqkan dia, ni aku pulak yang emo. Bila dengaq kak ju cakap pasal arwah, lagi la laju ayaq mata aku ni keluaq.



    Aku gosok2 belakang badan dia, mintak dia baca al-fatihah untuk arwah. Sebab lagi banyak dia bercakap, lagi dia sedih.



    Makin ramai kawan arwah sampai. Kata kawan arwah, dia memang ada mengadu sakit dada masa kat tempat kerja sehari sebelum tu, depa mintak dia balik, tapi dia tak balik. Doktor pun sahkan yang arwah meninggal sebab serangan jantung.



    Kak faz pi setelkan kos van jenazah, kena rm300. Duit tol dan duit makan driver van jenazah kena bagi asing. Kak ju mintak arwah di kafankan dan disembahyangkan kat sini jugak, so kos untuk kain kafan semua rm400. Aku tak pernah tau yang kos kain kafan semahal tu.



    Ni kali pertama aku masuk bilik mayat. Bukan setakat masuk bilik mayat, sampai ke tempat mandi mayat pun aku masuk. Balik rumah, terus terbayang2 keadaan dalam bilik mayat tu.



    Untuk kak ju, harap dia tabah.

    3 comments:

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    kehilangan orang tersayang memang sukar nak di ungkapkan dgn kata-kata...semoga akak tu tabah dalam mengharungi kehidupan yang akan datang .....Al-Fatihah

    Unknown said...

    Ya Allah~ sedihnye..
    Al-fatihah untuk arwah dan salam takziah buat kawan GC tu.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    sobsss..masa ti wassap kak,kak dh tidoq sbb demam.mimpi bnda yg sama,tp abg speki.bgn2 tgk msg tu,lagilaa tacing yakmat.

    Total Pageviews

    My Followers